Teori
Pengajaran dan Pembelajaran
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu
pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada
yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada
asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan
kepada behavioris, kognitif, humanis, psiko-analitik dan
kontrukstivisme.
1.1.1 Teori Behaviourisme
Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan
melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti
anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian
kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan
perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah
laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga
menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
1.1.2 Teori Kognitif
Teori Kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan
Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses
penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan
kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur
kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala
maklumat di
dalam ingatan.
1.1.3 Teori Humanis
Teori Humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung
kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu
mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut
kehendak dan perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan
kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi
bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
1.1.4 Teori Psiko-Analitik
Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan
teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh
proses psikologi yang tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan
dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni
visual. Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan
personaliti, falsafah sifat manusia(nature) dan kaedah psikoterapi yang
memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi
tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai
bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh
mewujudkan perasaan dan emosi. Sehubungan dengan itu penggunaan
seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi
kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya
bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam
mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia . Tahap ini boleh
dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam
penghasilan seni visual
1.1.5 Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme
telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah, IPG dan universiti.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak
boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba
sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman
masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan di sekolah ialah satu skema aktiviti mental yang digunakan
oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran
murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina
sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini
dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka
berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan
atau pengalaman sedia ada murid.
1.2
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.1
Pendekatan Proses dan Produk
Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai
ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk
memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada
proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.
Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan
program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan
pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV
yang diikuti oleh guru.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran
PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini
termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,
sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan
dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan
PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.
Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan
kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan
yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program
setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil
perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga
merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan
pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan
mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa
ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi,
perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat
menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan
pembelajaran.
1.2.2 Pendekatan
Discipline Based of Art Education (DBAE)
DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula
pada awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty
Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’
sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual
dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka
konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang
lain (contoh; Visual Thinking Strategies).
DBAE
meliputi 4 Asas Disiplin Seni
i. Produk
Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya
secara tersendiri.
ii. Sejarah
Seni
Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa
bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan
tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi
dan pergerakan seni.
iii. Kritikan
Seni
Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat
penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat
apriesiasi seni.
iv. Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai
sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah
serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta
membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.
Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara
beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian,
drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan,
seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi
lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.
Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New
Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based
training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan
serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan
kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam
kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam
proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana
mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta
kurikulum yang lebih terarah.
1.2.3
Pendekatan Chapman
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini
dalam pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan
Pemerhatian
yang aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan
aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
• pengetahuan sedia ada murid
• benda yang konkrit
• minat, kecenderongan dan latar belakang murid
• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
• mencetus idea dan imaginasi
Interaksi
yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan
atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti
penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada
perkara berikut:
ii.
Penerokaan
• aktiviti kecil mudah ringkas
• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
• mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
• bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin
mencuba
• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
Penghasilan
/ membuat penggunaan alat bahan dan teknik
• tatacara, langkah dan proses membuat
• amalan tertib kerja
• keselamatan semasa bekerja
• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk
hasil
iii
Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,
terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk
projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran.
Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara
berikut:
• aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni
seperti sifat garisan, jalinan, warna,
ton, rupabentuk dan bentuk
• aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
• aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan
dan teknik
• penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
• perasaan, penghargaan dan refleksi diri
• penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan
dengan kandungan.
PROSES
APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan
aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan
intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap
|
Penerangan
|
Menggambar
(description)
|
• Mengamati hasil seni dan
menggambarkan sifat-sifat
tampak
seperti warna, garisan, bentuk,
rupa,
jalinan dan elemen-elemen
gubahan
iaitu prinsip dan struktur
|
Menganalisa
(analisis)
|
• Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur
seni,
prinsip dan struktur.
• Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana.
• Menghuraikan stail sesuatu karya.
|
Tafsiran
(interpretation)
|
• Mencari makna-makna yang terdapat
pada sifat-sifat tampak seperti
subjek,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur corak dan bahan.
• Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan
analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
|
Penilaian
(evaluation)
|
• Membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang
bersesuaian
seperti keaslian, gubahan,
teknik dan
fungsi.
• Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (significance) dari
segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.
|
Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith
Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama
ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i)
pemerhatian
(ii)
penerokaan
(iii) penghasilan
(pembuatan)
(iv)
apresiasi dan perlanjutan
Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses
penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali
ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai
pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.
1.2.4 Pendekatan
PSV KBSR
Pendekatan PSV sekolah
rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:
§ Pemerhatian secara aktif
§ Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan
§ Apresiasi seni visual secara mudah
§ Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Pemerhatian secara
aktif:
§ Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci
§ Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
§ Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan
objek buatan manusia
§ Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam
fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak
Interaksi yang kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan:
§ Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
§ Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta
teknik- teknik mudah.
Apresiasi seni visual
secara mudah:
§ Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi
§ Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai
sumbangan mereka.
Menghargai nilai baik
dalam semua aspek kehidupan:
§ Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala
aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka
§ Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar,
nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
1.2.5 Pendekatan
Pendidikan Seni John A. Michael
Pendidikan Seni Visual
di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
bidang utama iaitu :-
§ Menggambar
§ Membuat Corak dan Rekaan
§ Membentuk dan Membuat Binaan
§ Mengenal Kraf Tradisional.
Micheal (1983) dan
Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan
kemanusiaan. Ia
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi
peluang kepada pelajar
mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan
kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari
peringkat
paling asas iaitu:
•
Mengenali diri sendiri
•
Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
• Peka
tentang perasaan
•
Memiliki konsepsi diri
Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita
mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara
berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut John A.
Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense'
ada dua pendekatan dalam Apresiasi
Seni iaitu:
(a) Pendekatan secara logik
Pendekatan ini adalah berbentuk
tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan
kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni
tersebut.
(b) Pendekatan secara psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan
dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan
satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih
realistik dan dapat menerima
‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih
terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Comments
Post a Comment