Skip to main content

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME


Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi.
Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch.
250px-VanGogh.jpg
Vincent Van Gogh
Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.
            Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah untuk menjadi seorang pelukis, Van Gogh membuka studio pertamanya di pondok seorang pelombong arang batu Borinage. Beliau membayar sewa dengan sedikit wang yang dihantar oleh ayahnya, dan di studio itulah beliau bermula belajar sendiri dengan kerja yang mencurah-curah. Dari Paris, Theo menghantar berbungkus-bungkus lukisan untuk Van Gogh menyalin dan belajar, dan dari cawangan Goupil, pengurus Hague menghantarbuku teks yang berkenaan dengan pandangan tirusdan anatomi. Theo mencadangkan kepada Van Gogh supaya mengikutinya ke Paris, tetapi Van Gogh merasa keberatan untuk menggembara ke Paris, suatu tempat yang dianggap sebagai pusat seni dunia. Sebaliknya, pada musim panas 1880, beliau pergi ke Brussel. Van Gogh tinggal di Brussel pada tahun 1880-1881. Di sini, beliau bergelut dengan latihan lakarannya dan sentiasa melapurkan perkembangan dirinya kepada Theo.
            Pada tahun 1881, Van Gogh balik ke rumah keluarganya di Etten di mana beliau jatuh cinta  kepada sepupunya, Kee Vos, seorang janda. Kee Vos menolak cintanya dan berpindah ke Amsterdam, diikuti oleh Van Gogh, tetapi Van Gogh masih tidak diterima oleh Kee Vos. Pada akhir tahun 1883, beliau membuat keputusan untuk sekali lagi cuba tinggal bersama ibu bapanya. Ketika ini, Van Gogh masih menggunakan warna-warna gelap seperti perang dan hijau gelap. Antara lukisannya ialah "Willows". Pada tahun 1886, Van Gogh pergi ke Paris untuk melawat adiknya dan di sana, beliau tertarik dengan teknik lukisan. Lukisan "Pemakan Ubi Kentang" (Potato Eaters) lazimnya dikatakan "hasil terbaik" Van Gogh yang pertama. Tidak terdapat sebarang rujukan keagamaan dalam kenyataan Van Gogh terhadap karya itu.
            Lapan bulan selepas kematian ayahnya, Van Gogh meninggalkan Belanda, dan tidak pernah pulang lagi ke situ. Faedah daripada lawatannya selama tiga bulan di Antwerp adalah penambahan pendedahannya kepada warna, atau, lebih tepat lagi, beliau telah mula berfikir mengenai warna dengan lebih lanjut. Van Gogh merupakan pengguna warna yang paling giat pada masanya. Beliau berasa bahawa warna membawa makna yang istimewa selain daripada hanya untuk dilihat.
            Apabila Van Gogh tiba di Paris pada tahun 1886, beliau begitu bersemangat untuk belajar dan bersedia untuk menimba pengalaman baru. Dalam tempoh dua tahun, beliau bertukar sepenuhnya menjadi seorang pelukis. Warna yang terang dan gemilang membanjiri hasil karyanya. Van Gogh melukis pemandangan dalam kedai kopi yang aman dan gambaran bayu bertiup merentasi muka bumi. Gambaran muram tentang buruh-buruh yang sedang bekerja telah digantikan dengan syot padat diri dan rakannya yang sedang berehat. Van Gogh bekerja kuat untuk menyempurnakan kemahiran tekniknya. Beliau melukis menggunakan teknik libasan dengan menggunakan warna-warna yang garang.


Pada tahun 1888, hasil karyanya mencurah-curah. Dari tempoh Van Gogh mula menjadi masyhur pada bulan Februari sehingga kemasukannya ke hospital selepas fikirannya terganggu pada bulan Disember, Van Gogh telah menghasilkan sekurang- kurangnya 90 lakaran dan 100 lukisan. Jumlah hasilnya hampir menjadi sesuatu yang memalukan. Van Gogh mempertahanan dirinya dengan merujuk kepada kepantasan Claude Monet. Dari bulan Februari 1888 sehingga bulan Mei 1889, Van Gogh menghasilkan sebanyak 200 lukisan, dan juga banyak lakaran. Hasil karyanya ketika berada di Arles telah meletakkan dirinya sebagai satu gergasi seni, tetapi apabila hasil itu berakhir, Van Gogh hanya mempunyai tempoh setahun lagi untuk hidup.
Salah satu daripada hasil karya Van Gogh yang paling terkenal, "Bunga Matahari" (bahasa Inggeris: Sunflowers) menonjolkan kegemilangan warna yang mula digunakan oleh Van Gogh di Arles. Beliau menjadikan penelitian bunga matahari sebagai perhiasan di biliknya, dan setiap satunya memancarkan kegemarannya kepadacahaya, warna dan cara mudah. Telah dikatakan bahawa kuning keemasan dan jangka hayat bunga matahari yang pendek itu menarik minat Van Gogh
Di selatan, Van Gogh merupakan seorang lelaki yang sunyi. Banyak dari lukisannya, seperti gambar bilik tidurnya, mencerminkan keinginannya untuk berteman. Lukisan itu ceria, tetapi terdapat tanda daripada perasaan terkongkong dan kesepiannya yang terpendam. Perasaan Van Gogh ini digambarkan dalam lukisannya melalui gambaran bilik yang sempit dan setiap benda yang dilukisnya secara berpasangan dua bantal, dua kerusi dan sehinggakan kepada lukisan yang digantung juga berpasangan.








Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada

SENI ARCA

Pengenalan Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung). Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan. Perkembangan seni arca di Malaysia Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-pa

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN         Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan   Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival. Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan. OBJEKTIF 1.   Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.