Skip to main content

EKSPRESIONISME DAN KUBISME


secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop.

Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada unsur-unsur mistik, persoalan diri, penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap infiniti yang sering kali diekspresikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi yang kuat mahupun imaginatif. Ekspresionisme memberi satu daya gerak yang kuat dan segar, bebas daripada realisme dan impresionisme. Miskipun masih bertalian dengan dunia objektif, melalui unsur-unsur deformasi, pengayaan, kontras warna dan kesedaran emosi, pelukis-pelukis ekspresionisme melahirkan dunia dalaman mereka dalam stail, idiom dan imje yang tersendiri.

Terdapat dua cabang ekspresionisme iaitu Die Brucke (The Bridge) dan Der Balue Reiter (The Blue Rider). The Bridge ditubuhkan di Dresden pada 1905 dan karya-karya mereka merakamkan emosi manusia yang keras serta hebat. Karya mereka terbentuk menerusi gabungan warna yang cerah, garisan ekspresif, dipermudah serta figura digayakan. sementara itu, The Blue Rider ditubuhkan di Munich pada 1991. Karya-karya mereka lebih bersifat imaginatif, tidak selaras The Bridge. Ekspresionisme merangkumi semua seni di mana artis bebas untuk bergerak di luar batasan perkara objektif dan menumpukan persekitaran terhadap perasaan dan kesan yang berasal dari inspirasi artis. Ekspresionisme cuba mendedahkan dalaman, rohani dan emosi asas kewujudan manusia, dan bukannya penampilan permukaan luar, yang digambarkan oleh Impresionists. Pergerakan ekspresionisme mengambil insprirasi dari simbolisme, fauvism, dan kubism dalam berlepas dari perkara yang tepat.  Ekspresionisme dipelopor oleh dua kumpulan pelukis-pelukis Jerman ialitu, Die Bruecke dan Der Blaue Reither.
Die Bruecke, yang bermaksud “ Jambatan” berpusat di Dresden. antara artis dalam kumpulan ini ialah Ernst Ludwing Kirchner, Erich Heckel, Emil Nolde, Max pechstein, Otto Mueller, dan Karl Schmidt Rottluff. Kumpulan ini mengadakan pembentukan 1905-1913. kumpulan ini telah menubuhkan studio mereka di kawasan kejiranan kelas perkerja di pinggir sempadan Dresden. Pengasingan mereka membawa kepada pembangunan mereka dikongsi gaya dan tema. Seni Die Bruecke biasanya ganas dan emosi dalam imej, mereka mengemari tema yang diterokai perbezaan hubungan antara bandar dan negara. Mencari inspirasi dengan seni budaya suku kaum di Afrika dan Laut Selatan, Die Bruecke memihak talian diputarbelitkan dan bentuk yang dipertingkatkan, warna terang dan perspktif yang leper. Mereka menolak prosedur galeri konvensional dan menganjurkan satu siri pameran perjalanan untuk membentangkan kerja mereka kepada orang ramai. Kemunculan itu jatuh, disebabkan oleh perbezaan seni dan bermulanya Perang Dunia pertama.

kumpulan Der Blaue Reiter, bermaksud Rider Blue, bermula du Muich pada tahun 1911 dan berlarutan sehingga 1913. Der Blause Reiter mengambil namanaya daripada lukisan dengan tajuk Kandinsky “Le Angkuh Bleu”. Kumpulan inu yang lebih bersatu pada dengan matlamat yang sama mengambarkan kerohanian dan bukannyapersamaan gaya. Der Blaue Reiter membuka pintu berulang alik pengekstrakan kerana idea-idea uji kaji dan keaslian. Artis terlibat Franz Marc, Agust Macke, Gabriele Munter, Wassily Kandinsky, paul Klee dan alexei Yavlensky dan banyak lagi.

Kubisme pula merupakan satu zaman dalam gerakan seni yang juga sebuah gerakan moden seni rupa pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Kubisme adalah menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus sfera dan lain-lain lagi. Prinsip-prinsip umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, overlap, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dan aneka jenis tampak. Gerakan ini dimulakan pada lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing.

Zaman kubisme bermula dari pegangan seseorang pelukis yang mashyur. Lahirnya aliran Kubisme pada tahun 1905 merupakan hasil titik peluh pelukis Pablo Picasso dan Brague. Yang menjadi pertanyaannya ialah dari masa idea lukisan yang saat itu membuat menfokuskan seni lukis. Picasso banyak mempelajai patung afrika (sekilas mirip patung Asmat) yang bentuknya lonjong dan proporsinya tidak normal atau tidak realisme.

Antara ciri-ciri aliran seni ini ialah ia tidak terikat dengan kongkongan tradisi catan. Yang mana karya kubisme tidak mengambilkira tentang teknik-teknik atau prinsip-prinsip catan. Selain itu juga, model atau realiti luaran tidak diperlukan kerana catan itu merupakan realiti. Selain itu, struktur geometri adalah asas kepada form yang terdapat di alam semula jadi. Sebagai contoh, pengkarya mengunakan bentuk dan sata geometrik seperti rupa empat segi, tiga segi dan sebagainya dicantumkan dan dapat membentuk sebuah karya seni. Aliran ini juga, menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Karya seni aliran ini merupakan penyelesaian permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi dengan keinginan untuk mengekalkan sifat-sifat 3 dimensi.

Tokoh bagi aliran seni ini ialah Pablo Ruiz Picasso. beliau dilahirkan pada pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun. beliau juga merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20. Latar belakang ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Seterusnya, bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya pada awal usianya, larya beliau tersebar luas di antara para pelukis Perancis dan karya beliau telah menjadi aspirasi kepada pengkarya pada era ketika itu. Beliau juga telah berjaya mencipta karya seni sebanyak 50,000 selama 80 tahun. Beliau juga sentiasa berusaha gigih agar aliran kubisme ciptaannya tersebar luas di seluruh dunia. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya.

karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut tempoh masa beliau menghasilkan karya beliau. Antara tempoh masa tersebut ialah tempoh biru (1901-1904), . tempoh Ros (1905-1907), tempoh dipengaruhi Afrika (1908-1909), Kunisme Analisis (1909-1912) dan Kubisme Sintetik (1912-1919). Dalam tempoh Biru (1901-1904) Sifat lukisan-lukisan Picasso dalam tempoh ini muram dengan sedikit warna biru dan dipengaruhi oleh lawatannya ke seluruh Sepanyol serta kematian kawannya yang baru-baru itu. Lukisan-lukisan itu sering menonjolkan akrobat, badut, pelacur, pengemis dan seniman. Seterusnya, dalam tempoh Ros (1905-1907) lukisan-lukisan dalam tempoh ini lebih riang dengan warna-warna jingga serta merah muda, dan masih menonjolkan badut. Picasso bertemu dengan Fernande Olivier, seorang model perempuan bagi pengarca dan pelukis, di Paris dalam tempoh ini dan banyak lukisannya dipengaruhi oleh persahabatannya yang mesra ini, selain daripada pendedahannya kepada lukisan Perancis. Seterusnya tempoh dipengaruhi Afrika (1908-1909) dalam tempoh ini, Picasso dipengaruhi oleh 2 tokoh yang pada dirinya diilhami pula oleh artifak-artifak Afrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya, Les Demoiselles d'Avignon (kedua-dua orang di sebelah kanan lukisan ini). kemudian dalam tempoh masa Kunisme Analisis (1909-1912), dalam tempoh ini, Picasso bersama-sama dengan Braque memperkembangkan satu gaya lukisan yang menggunakan warna coklat monokrom di mana mereka memisah-misahkan dan "menganalisis" objek-objek dari segi bentuk. Ketika itu, lukisan-lukisan Picasso dan Braque amat serupa dengan satu sama lain. Seterusnya, Kubisme Sintetik (1912-1919) .



Comments

Popular posts from this blog

SENI ARCA

Pengenalan Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung). Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan. Perkembangan seni arca di Malaysia Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-pa

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN         Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan   Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival. Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan. OBJEKTIF 1.   Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.