Friday, 13 December 2024

Win Glory : Inovasi digital untuk Kanak-kanak.

Win Glory : Inovasi digital untuk Kanak-kanak.: Senarai ciptaan inovasi digital yang sesuai digunakan untuk pendidikan Prasekolah 1. Aplikasi Pembelajaran Interaktif    - Contoh: Khan Acad...

Wednesday, 16 October 2024

Cadangan isi kandungan untuk video Tik Tok untuk tajuk Algoritma

 Untuk membuat video berkenaan tips menaikkan algoritma di TikTok, anda boleh fokus pada beberapa strategi penting. Berikut adalah cadangan isi kandungan untuk video tersebut:


1. Kenali Algoritma TikTok

   - Duration: 10-15 saat

   - Content: "Algoritma TikTok akan menghantar video anda kepada penonton berdasarkan minat mereka. Jadi, penting untuk tahu apa yang penonton mahukan dan bagaimana algoritma berfungsi."


2. Penggunaan Hashtag yang Tepat

   - Duration: 15-20 saat

   - Content: "Gunakan hashtag yang relevan dengan niche anda. Ini akan membantu algoritma mencadangkan video anda kepada penonton yang berminat dengan topik tersebut. Contoh: #fyp, #tiktokmalaysia, dan hashtag spesifik industri anda."


3. Durasi Video

   - Duration: 10-15 saat

   - Content: "Video yang lebih pendek dengan hook kuat pada awalnya cenderung menarik penonton untuk tonton hingga habis, dan ini adalah faktor yang diambil kira oleh algoritma."


4. Interaksi dengan Penonton

   - Duration: 15-20 saat

   - Content: "Balas komen, tanya soalan dalam video anda, dan galakkan penonton untuk suka dan kongsi video anda. Lebih banyak interaksi, lebih besar peluang video anda naik dalam algoritma."


5. Konsisten dengan Muat Naik

   - Duration: 10-15 saat

   - Content: "Post secara konsisten. Algoritma TikTok lebih menyukai akaun yang aktif dan kerap memuat naik kandungan. Anda boleh tentukan jadual posting dan kekal konsisten."


6. Penggunaan Audio dan Trend

   - Duration: 15-20 saat

   - Content: "Gunakan audio yang sedang trending atau lagu popular. Video yang menggunakan audio ini lebih mudah naik kerana algoritma sering mengutamakan kandungan yang trending."


7. Kualiti Video dan Thumbnail

   - Duration: 10-15 saat

   - Content: "Pastikan kualiti video jelas dan thumbnail menarik. Ini akan meningkatkan klik dan tontonan, seterusnya membantu algoritma mempromosikan video anda."


8. Berinteraksi dengan Creator Lain (Duet atau Stitch)

   - Duration: 15-20 saat

   - Content: "Cuba duet atau stitch dengan video creator lain. Ini boleh membantu meningkatkan engagement dan menarik penonton baru."


Pastikan video ini ringkas tetapi penuh informasi dan disampaikan dengan gaya yang menarik!

Sunday, 18 February 2018

Wednesday, 4 March 2015

Penyeliaan Praktikum

8.22 pagi.....
Hari ini.. saya akan kena selia oleh guru pembimbing jam 9.00 pagi...
perasaan saya agak gemuruh walaupun sudah 3 fasa praktikum. Namun di saat ini saya hanya mampu bernafas panjang menunggu tiba masa untuk beredar dari bilik guru ke kelas.

Saja tulis blog for the first time in 2015.

Persiapan Penyeliaan Praktikum
 1. Rancangan pengajaran harian (rph ) mesti siap
2. Jurnal
3. Portfolio
4. Bahan bantu mengajar semua lengkap
5. Alat bantu mengajar juga mesti ada.


Monday, 29 September 2014

Kajian Tindakan

1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan


Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti:
• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
• Apakah isu yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?
Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) kajian tindakan:
Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
Kumpulan Penyelidik
Tajuk Kajian
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Objektif Kajian
Kumpulan Sasaran
Tindakan Yang Dicadangkan
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian

4. Syarat untuk Mendapatkan Pembiayaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan (sekiranya
di bawah peruntukan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan)

Kelulusan sesuatu kertas cadangan (proposal) kajian tindakan serta jumlah kos yang ditawarkan
bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
• Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
• Objektif kajian
• Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
• Bahan yang akan digunakan
• Kos yang terperinci
Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:
• Jumlah bahan yang diperlukan,
• Harga bagi satu unit bahan,
• Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

5. Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1. Tajuk Kajian
a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.
b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian

1. Tajuk Kajian:
Aplikasi Teknik Bulatan Dalam Lukisan Kanak-Kanak
Atau:
Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari

2.Nama penyelidik Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan
Contoh:
Nama Penyelidik: Salina bt. Salleh

3.Nama Sekolah
Catatkan nama sekolah beserta alamat lengkap
Contoh:
Nama Sekolah: Sk Pasir Bedengung
                        Jalan Tengku Muhammad
                        25050, Kuantan
                        Pahang Darul Makmur


4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sewaktu saya menyemak lukisan murid tahun 5 Bestari. saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati
walaupun mereka telah berada di tahap 2, tahap penguasaan melakar mereka masih sangat rendah, lakaran masih tidak terkawal. Selain itu, masih ramai murid yang tidak memegang pensil dengan betul ketika membuat lakaran. Hasil lukisan mereka seperti biasa sahaja iaitu melukis orang lidi yang biasanya dilakukan oleh murid tahap satu. Dalam ujian mudah melukis objek haiwan, saya dapati 37% daripada jumlah murid dari kelas ini tidak membuat lakaran. Apabila saya tanyakan kepada para murid tentang keadaan ini,
jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu "cikgu
tak ajar pun melukis objek tu. Kami hanya disuruh mewarna gambar yang sudah dilukis.". Ada juga di kalangan murid yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagian melukis. Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk melukis objek.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka?. Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?. Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membuat kerja melukis. Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang
mempunyai tahap melukis yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan melakar di kalangan
mereka ialah disebabkan kurangnya aktiviti melukis objek atau teknik mengajar lukisan yang kurang sesuai dengan tahap perkembangan kreativiti mereka. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan melakar dengan cara yang betul. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat memperbaiki lukisan mereka yang akhirnya menjejaskan minat mereka terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Isu /Keperihatinan Yang Dikaji

Tentukan tema /isu keprihatinan kajian/ masalah /
• Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1.

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kemahiran asas melukis. Murid saya mempunyai tahap melakar yang sangat terhad. Mereka hanya mampu memenghasilkan lakaran lidi. Mereka melakukan kesilapan bermula daripada kawalan pensil. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
• Cara memegang pensil yang kurang sesuai menyebabkan sukar mengawal mata pensil.
• Melukis imej hanya dengan lakaran mudah iaitu orang lidi.
• Pelajar tidak melukis kerana tidak yakin untuk memulakan melukis pada bahagian mana yang perlu didahulukan.

Dengan membantu murid berlatih mengawal pensil saya yakin murid boleh meningkatkan tahap kemahiran melukis objek dengan lebih baik.

6. Tentukan Objektif Kajian

Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti / tindakan.
• Objektif hendaklah boleh diukur.
• Semua objektif khas hendaklah diukur / nilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti.


Penulisan belum selesai. Akan disambung ...


copy pase dari : http://psv3.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html

Win Glory : Inovasi digital untuk Kanak-kanak.

Win Glory : Inovasi digital untuk Kanak-kanak. : Senarai ciptaan inovasi digital yang sesuai digunakan untuk pendidikan Prasekolah 1. Aplika...