Monday 2 September 2013

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN.


PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?



Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

• Pendekatan – jalan yang diambil
• Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
• Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.


1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran


CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

• Guru memainkan peranan penting
• Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
• Kepimpinan guru secara autokratik
• Pencapaian objektif guru diutamakan
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
• Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
• Interaksi di antara murid adalah pasif.
• Kaedah keseluruhan kelas.
• Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.•
Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.


CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

• Murid memainkan peranan penting
• Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
• Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
• objektif pencapaian murid diutamakan
• perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
• Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
• Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
• Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
• Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
• Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
• Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.


CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

• Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
• Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
• Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
• Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
• Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
• Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
• Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
• Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

• Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
§ Integrasi beberapa kemahiran
§ Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
§ Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
§ Kemahiran utama menjadi fokus
§ Organisasi kemahiran fleksibel
§ Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
§ Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
§ Kemahiran utama diberi fokus
§ Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
§ Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
§ Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
§ Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

• Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
o Ciri-ciri penyerapan :
§ Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
§ Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
§ Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
§ Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
§ Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.


PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF
• Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
• Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
• Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
• Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
• Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
• Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
• Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.


PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

• Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
• Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
• Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
• Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.


No comments:

Post a Comment