Monday 2 September 2013

PROFORMA ELM3102 PPG SEM 4


Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Moral)

Nama Kursus
Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
(Moral Education Curriculum and Teaching Methods)
Kod Kursus
ELM3102
Kredit
3(3+0)
Jam kontak
45 Jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan perancangan semester dan tahunan.
2.    Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro.
3.    Menyediakan rancangan persediaan harian Pendidikan Moral yang lengkap.
4.    Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti pengajaran pembelajaran harian.
Sinopsis
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah; penyediaan rancangan semester dan persediaan mengajar harian; pendekatan ,kaedah, kemahiran serta sumber dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral; menjalankan sesi amali pengajaran mikro dan makro.

This course provides students with the knowledge and basic skills needed to interpret the primary school moral education syllabus, preparing the scheme of work, lesson planning, approaches, methods, skills and resources for the teaching and learning activities as well as micro and macro teaching practical.












Tajuk
Kandungan
Jam
1
Teori
Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah
·         Sejarah dan kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia.
·         Pengenalan kepada sukatan pelajaran Pendikan Moral KBSR.
-       Matlamat dan objektif Pendidikan Moral
-       Rangka konsep
-       Organisasi kandungan sukatan pelajaran
·         Perincian huraian sukatan Pendidikan Moral KBSR.
-       Perkembangan isi kandungan
-       Cadangan isu dan situasi
-       Nilai
-       Kandungan akademik
-       Hasil pembelajaran
-       Cadangan aktiviti
3
2
Persediaan Rancangan Pelajaran Semester dan Rancangan Harian Pendidikan Moral
·         Perincian butiran rancangan pengajaran semester.
-       Merancang pecahan nilai bagi setiap minggu dan semester.
·                                       Perincian butiran Rancangan Pelajaran Harian
·         Penulisan Hasil Pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku
3
3
Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral
·         Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral.
·     Analisis Pendekatan Pendidikan Moral.
-       Pendekatan Pemupukan Nilai
-       Pendekatan Bertimbang Rasa
-       Pendekatan Rasional
-       Pendekatan Tindakan Sosial
-       Pendekatan Moral Kognitif
-       Pendekatan Penjelasan Nilai
-       Pendekatan Analisis Nilai
·     Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral baru.
-       Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)
-       Pendekatan Berasaskan Kemahiran(Skill Based Approach- Narvaez)
-       Pendekatan Domain (Domain Approach – Nucci)
6
4
Strategi dan Kaedah dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral
  • Kaedah Main Peranan/Simulasi
  • Kaedah Bermain dan Bercerita
  • Kaedah Nyanyian dan Lakonan
  • Kaedah Perbincangan
  • Kaedah Lawatan
  • Kaedah Projek
  • Kaedah Tunjuk Cara
  • Kaedah Pameran
  • Kaedah Penyelesaian Masalah
  • Kaedah/Strategi Penyelesaian Konflik
9
5
Aplikasi Kemahiran dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral
·         Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint
·         Pembelajaran Aktif
·         Pembelajaran Kontekstualisme
·         Pembelajaran Konstruktivisme
·         Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
·         Kemahiran Kajian Masa Depan
·         Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral
3
6
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
·         Pengenalan kepada sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral.
-       Kepentingan sumber
-       Jenis-jenis sumber
-       Pemilihan dan penggunaan sumber
·         Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
-       Kepentingan mengguna multi media.
-       Jenis-jenis multi media – audio dan visual, Internet, CD-Rom.
-       Penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media.
3
7

Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Moral
  • Menyediakan persembahan Mikro yang sesuai bagi setiap bidang.
-       Set induksi, penerangan, penyoalan dan peneguhan
-       Penggunaan sumber dan bahan bantuan mengajar
-       Variasi rangsangan
-       Penutup
  • Menyediakan pengajaran Makro yang lengkap.
15
8
Penilaian Pengajaran Makro
  • Penilaian mengikut model pencerapan klinikal.
-       Unsur-unsur penilaian
-       Peringkat-peringkat penilaian
-       Fomat penilaian
·         Jurnal Refleksi
·         Menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran makro.
·         Menjalankan Penilaian rakan sebaya dan pensyarah terhadap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran makro.
3

Jumlah
45



Pentaksiran
Kerja Kursus                  60 %
Peperiksaan Akhir         40 %
Rujukan
Asas
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang L.H (1994). Pendidikan Moral: Siripendidikan. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd.

Mukherjee, H,J,E, Chang, L.H., dan N. S. Rajendran (1992). Strategi pengajaran pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pendidikan Moral Tahun 3 dan 4.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rujukan
Tambahan
Al-Altas S. N. (1976). Islam: The concept of religion & the foundation of ethnic & moralityKuala Lumpur.

Huitt, W. (2003). Important values for school-aged children and youth: A preliminary reportValdostaGAValdosta StateUniversity. Retrieved on December 2003

Kementerian Penddikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah RendahPendidikan Moral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajendran, N.S. & Ee, A.M. (1988) Pendidikan Moral untuk bakalguru. Kuala Lumpur : Longman.

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN.


PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?



Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

• Pendekatan – jalan yang diambil
• Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
• Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.


1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran


CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

• Guru memainkan peranan penting
• Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
• Kepimpinan guru secara autokratik
• Pencapaian objektif guru diutamakan
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
• Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
• Interaksi di antara murid adalah pasif.
• Kaedah keseluruhan kelas.
• Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.•
Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.


CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

• Murid memainkan peranan penting
• Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
• Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
• objektif pencapaian murid diutamakan
• perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
• Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
• Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
• Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
• Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
• Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
• Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.


CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

• Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
• Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
• Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
• Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
• Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
• Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
• Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
• Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

• Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
§ Integrasi beberapa kemahiran
§ Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
§ Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
§ Kemahiran utama menjadi fokus
§ Organisasi kemahiran fleksibel
§ Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
§ Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
§ Kemahiran utama diberi fokus
§ Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
§ Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
§ Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
§ Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

• Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
o Ciri-ciri penyerapan :
§ Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
§ Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
§ Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
§ Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
§ Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.


PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF
• Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
• Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
• Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
• Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
• Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
• Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
• Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.


PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

• Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
• Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
• Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
• Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.


PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

1.1 Asal-Usul 
Pendekatan Tindakan Sosial adalah satu teori yang diaplikasikan daripada penyelidikan dan teori tingkahlaku. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Bandura dan Emile Durkheim. Teori ini dibina daripada prinsip-prinsip pelaziman operan oleh Bandura dan dikenali juga sebagai Pembelajaran Sosial kerana ianya menekankan cara kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku secara betul dalam konteks sosial. Pembelajaran Sosial bererti mengetahui apa yang harus dilakukan, bila, di mana, dan apa yang tidak harus dilakukan.

Albert Bandura
Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1925 di Mondare Alberta. Teori Pembelajaran Sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa di sekitarnya.

Beliau menegaskan Teori Pembelajaran Sosial ini adalah dengan cara membuat pemerhatian terhadap tindakan orang lain melakukan sesuatu. Bandura menggariskan tiga bentuk peniruan :
a) Meniru secara langsung – iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung melalui menonton filem,video,mendengar huraian atau gambar foto. Contohnya murid melihat guru atau ibubapa cara berpakaian, percakapan, gaya berjalan fdan juga tindakan.

b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan - sekatlakuan ialah sekatan tingkahlaku yang sesuai dalam situasi A tapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya murid bersorak di padang tapi tidak boleh dilakukan dalam kelas kerana merupakan suatu kesalahan dan melanggar peraturan.
Tak sekatlakuan ialah murid meniru sesuatu perlakuan seperti bersorak dan terus melakukan dalam kelas tanpa dihukum kerana guru yang baru atau lain yang tidak marah bersorak bila memberi jawapan yang betul bila disoal.

c) Peniruan melalui elisitasi - murid akan turut melakukan apa saja lakuan yang dilakukan oleh orang sekiranya ia tahu bagaimana cara untuk melakukan tindakan itu. Contohnya melihat kawan membaca buku lalu ia juga memngeluarkan buku terus membaca. Keinginan membaca timbul bila lihat kawan yang lain membaca.

Emile Durkheim
Emile Durkhem dilahirkan pada 15 April 1858 di Epinal, Perancis, yang terletak di Lorraine. Ia berasal dari keluarga Yahudi Perancis. Durkheim sangat mementingkan tentang bagaimana masyarakat boleh mengekalkan integriti mereka dalam era moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik tidak lagi dapat dipastikan. Dalam usaha untuk mengkaji kehidupan sosial dalam masyarakat moden, Durkheim cuba untuk mencipta satu daripada pendekatan saintifik kepada fenomena sosial. Bersama-sama Herbert Spencer, Durkheim merupakan salah seorang pengkaji pertama yang menerangkan kewujudan dan kualiti beberapa bahagian berlainan dalam masyarakat, berdasarkan kepada apakah fungsi mereka dalam mengekalkan kesihatan dan keseimbangan masyarakat. Ini dinamakan sebagai fungsionalisme.
Teori moral Durkheim didefinisikan sebagai kolektif moral atau falsafah altruisme. Moral bukan saja berguna untuk individu yang boleh menerima pengorbanan diri sendiri tetapi juga untuk kepentingan masyarakat. Durkheim mengenengahkan beberapa prinsip dan pandangan terhadap moral seperti :

1. Masyarakat sebagai Organisma
Beliau percaya masyarakat mempunyai tujuan boleh justifikasi kepada segala tindakan moral dan moraliti. Moraliti dicipta untuk kegunaan semua manusia tetapi tidak sesuai untuk individu.

2. Altruisme sebagai punca organisma
Menurut beliau lagi, individu mampu melakukan keganasan atas nama agama atau kehendak masyarakat, tindakan sebegini adalah sifat biasa bagi suatu masyarakat. Jadi masyarakat merupakan satu organisma kerana setiap orang berfungsi untuk menggerakkan masyarakat, dan masyarakat itu akan bergerak dalam satu hala tuju yang sama.

Durkheim sangat berminat dalam pendidikan. Ini disebabkan beliau telah ditugaskan secara profesional dengan guru-guru pelatih, dan beliau menggunakan kebolehannya untuk membentuk kurikulum dalam usahanya membolehkan sosiologi diajar secara terbuka. Durkheim juga berminat tentang pendidikan yang mana ia boleh digunakan untuk melengkapkan rakyat Perancis dengan latar belakang yang dikongsi dan sekular, yang penting untuk mengelakkan anomie dalam masyarakat moden. Selain itu, beliau juga mencadangkan pembentukan kumpulan profesional untuk ditugaskan sebagai sumber perkembangan untuk orang dewasa. Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi pendidikan iaitu:

1. Untuk meningkatkan soladiriti (sosial)
2. Untuk mengekalkan peranan sosial
3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja.