Saturday 26 October 2013

PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Teori Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya,  teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada  behavioris, kognitif,  humanis, psiko-analitik dan kontrukstivisme.

1.1.1  Teori Behaviourisme

Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini  berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.1.2  Teori Kognitif

Teori Kognitif  berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di
dalam ingatan.

1.1.3  Teori Humanis

Teori Humanis  berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

1.1.4  Teori Psiko-Analitik

Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual.  Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia(nature)  dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.  Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.

Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual

1.1.5  Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran  menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid  dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema  aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.2    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 

         1.2.1  Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.  Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,  sumbang saran, dan kaji siasat.  Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat  memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.

   Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan  pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan.  Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

         1.2.2  Pendekatan Discipline Based of Art Education  (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan  sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;  Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni
i.              Produk Seni
Murid  mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii.            Sejarah Seni
Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.
  
iii.           Kritikan Seni
Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi  seni.

iv.           Estetika
Murid akan menimbangkan  keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.



Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur  terarah  mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum  yang lebih terarah.


         1.2.3       Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i)   Pemerhatian
(ii)  Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan










Pemerhatian yang aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu   diberi kepada perkara berikut:
•  pengetahuan sedia ada murid
•  benda yang konkrit
•  minat, kecenderongan dan latar belakang murid
•   bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
•   mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
ii.   Penerokaan
•   aktiviti kecil mudah ringkas
•   cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
•   penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
•   mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
•   bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
•   aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
•   menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik
•   tatacara, langkah dan proses membuat
•   amalan tertib kerja
•   keselamatan semasa bekerja
•   penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii   Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis  aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
•   aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,    
     ton, rupabentuk dan bentuk
•   aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
•   aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
•   penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
•   perasaan, penghargaan dan refleksi diri
•   penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.






PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.  Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap
Penerangan

Menggambar
(description)
•  Mengamati hasil seni dan 
    menggambarkan sifat-sifat tampak 
    seperti warna, garisan, bentuk, rupa, 
    jalinan dan elemen-elemen gubahan
    iaitu prinsip dan struktur


Menganalisa
(analisis)
•  Menganalisa perhubungan sifat-sifat
    tampak seperti unsur-unsur seni,   
    prinsip dan struktur.
•  Menganalisa kualiti ekspresif seperti
    mood dan suasana.
•  Menghuraikan stail sesuatu karya.


 Tafsiran
(interpretation)
•  Mencari makna-makna yang terdapat
   pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
   simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
   struktur corak dan bahan.
•  Mencari metafora-metafora
    (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi 
    (persamaan) untuk menjelaskan
    makna tersebut.



Penilaian
(evaluation)
•  Membuat penilaian berdasarkan
    kepada kriteria yang bersesuaian
    seperti keaslian, gubahan, teknik dan
    fungsi.
•  Menilai hasil seni berdasarkan kepada
    pengertiannya (significance) dari segi
    individu, sosial, keagamaan dan
    kepercayaan, sejarah serta
    keseniannya.
Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith








Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

         (i)    pemerhatian
         (ii)   penerokaan 
         (iii)  penghasilan (pembuatan)
         (iv)  apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.


         1.2.4  Pendekatan PSV KBSR

         Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:
§   Pemerhatian secara aktif
§   Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
§   Apresiasi seni visual secara mudah
§   Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

         Pemerhatian secara aktif:

§  Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
§  Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
§  Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia
§  Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak






         Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

§   Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
§   Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

         Apresiasi seni visual secara mudah:

§   Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi
§   Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

         Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:

§   Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka
§   Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.


         1.2.5  Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael

         Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
         bidang utama iaitu :-
§   Menggambar
§   Membuat Corak dan Rekaan
§   Membentuk dan Membuat Binaan
§   Mengenal Kraf Tradisional.
        
         Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan
         kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi
         peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan    kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat
         paling asas iaitu:
         •   Mengenali diri sendiri
         •   Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
         •   Peka tentang perasaan
         •   Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara    berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut  John  A.  Michael  dalam  bukunya  'Art  and  Adolescense'     ada  dua  pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a)        Pendekatan secara logik
      Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

(b)        Pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu   pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan         dapat menerima ‘response’ dan  pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta   alat yang digunakan.



PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN PSV


Pendekatan
-Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah:

1) Daripada konkrit kepada abstrak
2) Daripada mudah kepada kompleks
3)Daripada keseluruhan kepada bahagian
4) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
5) Daripada spesifik kepada umum (induktif)
6) Daripada diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan

-Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.
- Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu.
-Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.


Kaedah
-Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau aturan,hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam diri seseoran.Oleh demikian,kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya meliputi:

• Kaedah terus
• Kaedah semulajadi
• Kaedah ajuk-hafaz
• Kaedah linguistik
• Kaedah oral-aural
• Kaedah terjemahan
• Kaedah psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 
§ Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. § Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. § Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. § Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

Teknik
Teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah:
• Teknik perbincangan
• Teknik brainstorming
• Teknik soal jawab
• Teknik main peranan
• Teknik bercerita
• Teknik tunjuk cara
• Teknik penyelesaian masalah
• Teknik latih tubi
• Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan
-Ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming
Teknik ini merupakan teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya.

Teknik soal jawab
Teknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu.

Tenik Main Peranan
-Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.

Teknik Bercerita
-Teknik ini membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

 Teknik Tunjuk Cara
-Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

Teknik Penyelesaian Masalah
-Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

 Teknik Latih Tubi
-Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya.

Teknik Permainan Bahasa
 -Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Strategi
-Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

S - SPECIFIC
M - MEASURABLE
A - ATTAINABLE
R - REALISTIC
T - TIMELY

SPECIFIC
 -Sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru haruslah mempunyai matlamat yang spesifik. Hal ini demikian kerana, guru yang profesional akan menyediakan bahan bantuan mengajar dengan rapi sebelum memulakan pengajaran supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu, subjek yang diajar tidak lari daripada tajuk asal yang selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

MEASURABLE
- Sesuatu pembelajaran itu haruslah mempunyai ukuran mengikut tahap. Guru perlu mengetahui bagaimana untuk menarik minat pelajar melalui pembelajaran itu. Jelasnya, seorang guru perlu mengajar subjek mengikut kebolehan dan tahap pelajar tersebut supaya pembelajaran tersebut dapat difahami oleh mereka.

ATTAINABLE
-Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar. Melalui pendekatan ,kaedah,teknik dan strategi yang digunakan oleh guru haruslah dapat dicapai pelajar spaya pelajar dapat memahami pelajaran itu. Satu masalah yang selalu dialami antara guru dan pelajar ialah guru mengejar silabus menyebabkan tidak semua pelajar dapat mencapai pelajaran yang diajar.

REALISTIC
- Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti mengikut turutan dari yang umum kepada yang khusus, daripada mudah kepada kompleks, dan sebagainya. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti subjek secara berperingkat dan memahami pelajaran itu. Pelajaran lebih mudah dimulakan dengan yang asas supaya pelajar tidak terus lompat subjek lain tanpa mengetahui asasnya.

TIMELY
- Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk menyampaikan pelajaran. Ini sangat berkaitan dengan cara penyampaian guru dan kaedah yang digunakan. Subjek yang terdapat dalam silabus tidak sama tahap antara bab, ada yang mudah dan ada yang sukar, tetapi peranan guru perlu tahu bagaimana dapat menyampaikan subjek mengikut masa yang ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang digunakan amat penting untuk menyampaikan subjek.

Pengajaran dan Pendidikan Seni

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI
· KONSEP STRATEGI
o Kebijaksanaan memilih pendekatan
o Kecekapan merancang kaedah dan teknik
o Berdasarkan objektif / hasil pembelajaran
o Terdapar 4 strategi iaitu
§ Berpusat guru
§ berpusatkan murid
§ Berpusatkan tugasan
§ Berpusatkan bahan

PENDEKATAN
o satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

PENDEKATAN BERSEPADU
o gabungjalin ilmu,bahan yang interaktif,penerapan nilai

INDUKTIF
o dimulakan dengan contoh-contoh,kaji,perhati, analisis dan barulah dibuat generalisasi

DEDUKTIF
o dimulakan dengan memberikan teori,hukum, fakta,konsep,diikuti dengan contoh-contoh

EKLEKTIK
o gabungan antara induktif dan deduktif

TEMATIK
o mengajar sesuatu mengikut tema yang diberikan

·KAEDAH & TEKNIK
o cara untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Siri tindakan guru yang sistematik
• Berlandaskan pendekatan
• Cara capai objektif
• Rancangan langkah-langkah yang akan digunakan

o Berikut adalah contoh kaedah dan teknik
-Pembelajaran Melalui Permainan
-Main Peranan
-Sumbangsaran
-Bercerita
-Perbincangan
-Pembelajaran Masteri
-Tematik


from: 
http://kaharkhai.blogspot.com/2013/04/konsep-strategi-o-kebijaksanaan-memilih.html


Monday 21 October 2013

JADUAL PROSES PERLAKSANAAN PROJEK UKIRAN KAYU TEBUK TEMBUS.

contoh jadual proses perlaksanaan yang telah saya buat...

Bil
Tarikh
Perkara
Aktiviti
.     1

Soalan tugasan diberi secara rasmi oleh Pensyarah pembimbing
Baca soalan dan sediakan jadual perlaksanaan projek
.     2

Menyediakan perancangan perlaksanaan projek

.     3

Mencari maklumat
-       Perpustakaan IPG Keningau.
-       Internet.
-       Berkolaborasi dengan pensyarah
-       Menemu bual dengan responden yang berpengalaman dalam ukiran.
-       Melawat tempat-tempat yang mempunyai koleksi ukiran.
-       Membuat kajian tentang subjek matter

-       Meminjam buku dari perpustakaan
-       Melayari intenet
-       Buat Borang Temubual
-       Sediakan soalan-soalan temubual
-       Berkolaborasi dengan pensyarah yang berpengalaman.
-       Mengumpul koleksi gambar subjek matter, contoh-contoh ukiran, alatan kegunaan harian,
-       Cadangan tempat
o   Istana Kesultanan Melaka
o   Pusat kraftangan Keningau
o   Galeri seni IPG Kampus Keningau
o   Dewan Tan Sri Sufian Koroh IPG Kampus Keningau
o   Hutan yang mempunyai subjek matter tersebut.
o   Dll.

.     4

Penyediaan folio perlaksanan
-       Mengumpulkan semua dapatan maklumat
-       Menganalisis maklumat
-       Menampal
.     5

Melakar motif corak yang ingin dihasilkan

.     6

Melaksanakan penghasilan produk
-bengkel kemahiran hidup
-galeri seni
.     7

Membuat kemasan

.     8

Menghantar tugasan

.     9

Penyediaan tapak pameran
Galeri seni
-menyusun atur dan menyediakan lebel.