Tuesday 6 May 2014

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN

        Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan  Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival.
Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan.



OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.

2. Mengasah dan memperkembangkan kemahiran guru pelatih dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan sesuatu program atau pertandingan.

3. Mempelajari cara pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Pendidikan  Jasmani dan Sukan dengan berkesan.

4. Membentuk semangat kerjasama, hormat-menghormati antara peserta melalui penglibatan aktif atau acara yang disertai.

5. Membentuk rasa tanggungjawab dalam diri guru pelatih dalam  aspek  keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa.


SYARAT PERMAINAN TARIK TALI
Cara Bermain Tarik Tali
1. Kedua-dua pasukan hendaklah membuat satu barisan lurus sambil memegang seutas tali yang panjang.
2. Apabila pengadil memberikan isyarat, kedua-dua pasukan boleh mula menarik tali yang dipegang ke arah mereka.
3. Reben berwarna yang bertindak sebagai penanda perlu dikekalkan dalam kawasan pasukan untuk memenangi permainan ini.
Peraturan Permainan Tarik Tali
1. Setiap pasukan wajib menghantar 8 orang peserta untuk bermain.
2. Para peserta dilarang mula menarik tali sebelum isyarat diberikan oleh pengadil.
3. Pasukan yang berjaya mengekalkan reben berwarna di dalam kawasan pasukan mereka diisytiharkan sebagai pemenang.
4. Peserta yang didapati melakukan sabotaj diberikan satu (1) amaran sahaja dan akan dikeluarkan daripada permainan sekiranya masih melakukan kesalahan.







SYARAT PERMAINAN TERUMPAK GERGASI
1. Setiap pasukan hendaklah berada di garisan permulaan mengikut barisan.
2. Setiap stesen terdiri daripada 2 orang peserta sahaja.
3. Peserta akan berjalan pantas berganti-ganti mengikut stesen dengan menggunakan “Terumpak Gergasi” dan peserta di hadapan akan memakai petanda.
4. Peserta dikehendaki bersedia memakai “Terumpak Gergasi” dan memulakan permainan sebaik sahaja isyarat permulaan dibunyikan.
5. Pemenang akan dikira berdasarkan pasukan yang terawal melepasi garisan penamat.










SYARAT PERMAINAN KALAWON ATULAI ( MENYUMPIT)
1. Setiap ahli kumpulan diberikan satu batang sumpit.
2. Setiap kumpulan diberikan baton yang akan digunakan sebagai lesen untuk bergerak.
3. Pemain pertama harus membawa baton bersama semasa bermain. Pemain seterusnya boleh memulakan larian selepas rakan menyerahkan baton.
4. Selepas mendapatkan baton, pemain akan melepasi halangan iaitu lompat ketingting dengan cara yang betul. Jika lompatan tidak betul, pemain dikehendaki mengulang semula.
5. Pemain tidak boleh melepasi tanda garisan semasa menyumpit.
6. Pemain harus menyumpit belon mengikut warna kumpulan masing-masing.
7. Markah dikira dengan berapa banyak jumlah belon yang dipecahkan. Setiap satu belon akan dikira sebagai 2 markah.
8. Jika pemain memecahkan belon warna kumpulan lain, markah diberikan kepada kumpulan yang memiliki warna belon tersebut.
9. Pemain hanya boleh menyumpit satu kali sahaja.
10. Kumpulan yang menang ditentukan berdasarkan berapa banyak bilangan belon yang telah dipecahkan mengikut masa yang ditentukan. Kumpulan yang menang juga akan ditentukan berdasarkan kumpulan yang paling awal memecahkan semua belon kumpulannya.









SYARAT PERMAINAN LARI DALAM KARUNG
1. Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan dalam satu kumpulan
2. Peserta akan berlari sejauh 10 meter untuk satu larian.
3. Peserta pertama akan lari dari stesen A ke stesen B. Peserta kedua menggantikan peserta pertama dari stesen B ke stesen A. Larian ini berterusan sehingga peserta terakhir membuat larian.
4. Kumpulan pertama yang menghabiskan larian dikira sebagai pemenang.


5. Mata akan diambil bagi pemenang 1,2,3,4 & 5 sahaja.







SYARAT PERMAINAN BALING BUAH KELAPA

1. Masa yang diperuntukkan ialah selama 4 minit bagi satu pusingan. Sebanyak 2 pusingan akan dijalankan untuk mencari pemenang. (Sekiranya seri, pusingan penentuan akan diadakan).
2. Pemain dibenarkan membaling buah di bawah aras pingggang.
3. Pemain yang membaling akan berada di dalam gelung rotan manakala pemain lain akan berada di belakang garisan yang telah ditetapkan.
4. Pemain yang sudah membaling buah kelapa akan mengutip buah kelapa tersebut dan menyerahkannya kepada pemain kedua dan sekaligus mendirikan pin yang jatuh (botol mineral berwarna).
5. Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang telah dijatuhkan mengikut warna.
6. Kiraan mata akan dilakukan mengikut jatuhan botol mengikut :
· Warna Kuning = 1 mata
· Warna Biru = 2 mata
· Warna Merah = 3 mata
Kesalahan dan potongan mata :
1. Potongan markah sebanyak 2 markah bagi setiap kesalahan.
· Pemain tidak berada di dalam gelung rotan ketika membaling kelapa. (tolak 2 markah)
· Pemain yang sudah melakukan balingan tidak bergerak ke belakang barisan. (tolak 2 markah).
· Pemain tidak membaling di bawah aras pinggang. (tolak 2 markah)




















PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR DAERAH NABAWAN


Pada 15 Mac 2014, IPG Kampus keningau telah turun padang dalam menjayakan program Petandingan Permainan Tradisional di SK. Kampung Bahagia, Nabawan. Program ini turut dihadiri oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Jais bin Siarus, dua orang pensyarah penilai iaitu Encik Richard Kajim dan Puan Annie Pillin serta dipantau oleh oleh penilai luar, Encik Daniel Chew dari IPGK Kent, Tuaran, tutor iaitu En. Amjah Yunus dan En. Ahmad Mohd Yassin serta wakil dari unit peperiksaan
Program ini telah diketuai oleh Cik Jeoina Jamil dan dibantu oleh 14 orang pelatih guru PISMP Pendidikan Seni Visual minor PJK IPG Kampus Keningau semester 5/ 2014. Aktiviti bermula dengan sesi pendaftaran dan menyambut ketibaan peserta-peserta dari lima buah sekolah iaitu SK. Kg. Bahagia, SK Pekan, Nabawan, SK Kebu Baru, SK Tetagas dan SK. Kpg. Enam. Semasa sesi pendaftaran, ajk pendaftaran akan mendaftarkan murid dan memberi sampul yang mengandungi kelaian tali yang pelbagai warna untuk dipakai oleh para perserta. Warna tali tersebut telah melambangkan sekolah mereka. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan acara senamrobik bercorakan ala-ala zumba yang dibawa oleh kumpulan penganjur.
Acara yang ditunggu-tunggu ialah lima acara pertandingan tradisional yang akan dipertandingkan dan terus dimulakan dengan permainan “Kalawon Atulai”, diikuti permainan “baling buah kelapa”, permainan “lari dalam guni”, permainan “terumpak gergasi” dan permainan “tarik tali”. Acara tarik tali persahabatan turut dilakukan di antara pelatih IPG dan guru-guru SK. Kg. Bahagia sebagai tanda hubungan yang mesra antara dua pihak telah terjalin. Sesunguhnya semua acara yang telah dipertandingankan berjalan dengan lebih lancar seperti yang dirancang dan apa yang kami telah harapkan. Program ini juga telah Berjaya mengeratkan hubungan diantara semua golongan sama ada daripada pihak IPG Keningau, Sekolah tuan rumah, murid dan guru sekolah-sekolah yang terlibat dan warga penduduk Kg Bahagia.
Selesainya pertandingan permainan ini, acara perasmian dilakukan di dewan mini. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Jais bin siarus selaku pensyarah penasihat bagi subjek PJM3112. Kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan penghargaan. Berikut ialah keputusan rasmi bagi pemenang keseluruhan bagi semua acara yang telah dipertandingkan.
Tempat pertama = SK. Kg. Bahagia.
Tempat kedua = SK. Pekan, Nabawan.
Tempat ketiga = SK. Kebu Baru
Tempat keempat = SK. Tetagas
Tempat kelima = SK. Kg. Enam

Selesainya acara ini, sesi fotografi dilakukan sebagai kenangan bagi setiap sekolah dan penganjur. Akhir sekali, program ditutup dengan jamuan makan tengahari yang telah disediakan dan majlis bersurai. Selepas itu, kami diminta untuk berkumpul untuk mendengar komen dan post-motem dari pensyarah penilai, tutor dan penilai luar terhadap penganjuran yang telah kami laksanaan sepanjang pagi tersebut. Dalam sesi tersebut segala keletihan, keperitan, kecederaan, kesakitan, beban pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit diubati dengan dua ayat  “tahniah kamu Berjaya melaksanakan dengan jayanya” dan “tapak kamu macam pesta menuai” begitulah antara apriasasi daripada pensyarah penilai dan penilai luar. Sebagai pihak penganjur juga kami berasa bangga dan bersyukur kerana kami dapat bersatu hati dan berjaya mencapai objektif perlaksanaan program ini dengan jayanya. kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah pembimbing kerana telah banyak membimbing dan mendorong serta memberi kami sokongan kekuatan dalam melaksanakan aktiviti ini. Tidak dilupakan semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung.
  Kemudian, aktiviti gotong-royong dilakukan oleh penganjur dan meninggalkan destinasi dalam keadaan yang bersih.



Disediakan oleh,

__________________
(WINNIE MAILLIN)

Setiausaha Program Pertandingan Tradisional




GAMBAR PERJALANAN PENGURUSAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL.

Berbincang pengurusan tapak di SK Kg Bahagia Nabawan

Mengambil Bambu untuk menghias tapak dan membuat peralatan kegunaan berasaskan bambu


Proses mencat papan untuk Terumpak Gergasi

Masa makan jan lupa Berdoa... 

Warga Sk Kg Bahagia yang sentiasa komited dan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak IPG

ketibaan perserta dari sekolah sekitar Daerah Nabawan


Ajk Pendaftaran dan pengerusan murid memberi taklimat

wajah-wajah harapan negara dari SK Pekan Nabawan

Nabawan nuber One!!!


Taklimat Ringkas Oleh Ajk Sukan
Ketibaan Pensyarah IPG Keningau

SK Kg Bahagia, Nabawan

SK Pekan Nabawan

SK Kebu Baru Nabawan

SK Kg Enam, Nabawan

SK Tetagas, Nabawan

Zumba


Kalawon Atulai

Kalawon Atulai

Kalawon Atulai

baling buah kelapa

lari dalam karung

lari dalam karung

Perarakan menuju ke Tapak Permainan Terumpak Gergasi 


Para perserta ke Tapak permainan terumpak gergasi... terdapat hiasan Tinauh untuk hiasan tapak... Tinauh yang di bina tersebut merupakan simbolik bagi suku kaum murut di daerah nabawan

Permainan Terumpak Gergasi

Permainan Terumpak Gergasi

Permainan Terumpak Gergasi

Gimik Penceritaan Sejarah Tarik Tali

katua kampung am...

Permainan Tarik Tali

Permainan Tarik Tali

Permainan Tarik Tali ( Johan Tarik Tali SK Pekan Nabawan)

Permainan Tarik Tali

Permainan Tarik Tali

Permainan Tarik Tali perlawanan persahabatan antara IPG Keningau dan Sk Kg Bahagia

Pelatih IPG Kampus Keningau

Guru Sk Kg Bahagia

Guru Sk Kg Bahagia ( terima kasih kami semua ucapkan kepada semua guru SK Kg Bahagia )

Kumpulan PISMP PSV, IPG Kampus Keningau
merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
·  PPD Nabawan
·  SK. Kg. Bahagia, Nabawan
·  SK. Pekan Nabawan
·  SK. Tetagas, Nabawan
·  SK. Kg. Enam, Nabawan
·  SK. Kebu Baru, Nabawan
·  Encik Jamil Balua dan keluarga