Skip to main content

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN

        Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan  Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival.
Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan.



OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.

2. Mengasah dan memperkembangkan kemahiran guru pelatih dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan sesuatu program atau pertandingan.

3. Mempelajari cara pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Pendidikan  Jasmani dan Sukan dengan berkesan.

4. Membentuk semangat kerjasama, hormat-menghormati antara peserta melalui penglibatan aktif atau acara yang disertai.

5. Membentuk rasa tanggungjawab dalam diri guru pelatih dalam  aspek  keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa.


SYARAT PERMAINAN TARIK TALI
Cara Bermain Tarik Tali
1. Kedua-dua pasukan hendaklah membuat satu barisan lurus sambil memegang seutas tali yang panjang.
2. Apabila pengadil memberikan isyarat, kedua-dua pasukan boleh mula menarik tali yang dipegang ke arah mereka.
3. Reben berwarna yang bertindak sebagai penanda perlu dikekalkan dalam kawasan pasukan untuk memenangi permainan ini.
Peraturan Permainan Tarik Tali
1. Setiap pasukan wajib menghantar 8 orang peserta untuk bermain.
2. Para peserta dilarang mula menarik tali sebelum isyarat diberikan oleh pengadil.
3. Pasukan yang berjaya mengekalkan reben berwarna di dalam kawasan pasukan mereka diisytiharkan sebagai pemenang.
4. Peserta yang didapati melakukan sabotaj diberikan satu (1) amaran sahaja dan akan dikeluarkan daripada permainan sekiranya masih melakukan kesalahan.







SYARAT PERMAINAN TERUMPAK GERGASI
1. Setiap pasukan hendaklah berada di garisan permulaan mengikut barisan.
2. Setiap stesen terdiri daripada 2 orang peserta sahaja.
3. Peserta akan berjalan pantas berganti-ganti mengikut stesen dengan menggunakan “Terumpak Gergasi” dan peserta di hadapan akan memakai petanda.
4. Peserta dikehendaki bersedia memakai “Terumpak Gergasi” dan memulakan permainan sebaik sahaja isyarat permulaan dibunyikan.
5. Pemenang akan dikira berdasarkan pasukan yang terawal melepasi garisan penamat.










SYARAT PERMAINAN KALAWON ATULAI ( MENYUMPIT)
1. Setiap ahli kumpulan diberikan satu batang sumpit.
2. Setiap kumpulan diberikan baton yang akan digunakan sebagai lesen untuk bergerak.
3. Pemain pertama harus membawa baton bersama semasa bermain. Pemain seterusnya boleh memulakan larian selepas rakan menyerahkan baton.
4. Selepas mendapatkan baton, pemain akan melepasi halangan iaitu lompat ketingting dengan cara yang betul. Jika lompatan tidak betul, pemain dikehendaki mengulang semula.
5. Pemain tidak boleh melepasi tanda garisan semasa menyumpit.
6. Pemain harus menyumpit belon mengikut warna kumpulan masing-masing.
7. Markah dikira dengan berapa banyak jumlah belon yang dipecahkan. Setiap satu belon akan dikira sebagai 2 markah.
8. Jika pemain memecahkan belon warna kumpulan lain, markah diberikan kepada kumpulan yang memiliki warna belon tersebut.
9. Pemain hanya boleh menyumpit satu kali sahaja.
10. Kumpulan yang menang ditentukan berdasarkan berapa banyak bilangan belon yang telah dipecahkan mengikut masa yang ditentukan. Kumpulan yang menang juga akan ditentukan berdasarkan kumpulan yang paling awal memecahkan semua belon kumpulannya.









SYARAT PERMAINAN LARI DALAM KARUNG
1. Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan dalam satu kumpulan
2. Peserta akan berlari sejauh 10 meter untuk satu larian.
3. Peserta pertama akan lari dari stesen A ke stesen B. Peserta kedua menggantikan peserta pertama dari stesen B ke stesen A. Larian ini berterusan sehingga peserta terakhir membuat larian.
4. Kumpulan pertama yang menghabiskan larian dikira sebagai pemenang.


5. Mata akan diambil bagi pemenang 1,2,3,4 & 5 sahaja.







SYARAT PERMAINAN BALING BUAH KELAPA

1. Masa yang diperuntukkan ialah selama 4 minit bagi satu pusingan. Sebanyak 2 pusingan akan dijalankan untuk mencari pemenang. (Sekiranya seri, pusingan penentuan akan diadakan).
2. Pemain dibenarkan membaling buah di bawah aras pingggang.
3. Pemain yang membaling akan berada di dalam gelung rotan manakala pemain lain akan berada di belakang garisan yang telah ditetapkan.
4. Pemain yang sudah membaling buah kelapa akan mengutip buah kelapa tersebut dan menyerahkannya kepada pemain kedua dan sekaligus mendirikan pin yang jatuh (botol mineral berwarna).
5. Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang telah dijatuhkan mengikut warna.
6. Kiraan mata akan dilakukan mengikut jatuhan botol mengikut :
· Warna Kuning = 1 mata
· Warna Biru = 2 mata
· Warna Merah = 3 mata
Kesalahan dan potongan mata :
1. Potongan markah sebanyak 2 markah bagi setiap kesalahan.
· Pemain tidak berada di dalam gelung rotan ketika membaling kelapa. (tolak 2 markah)
· Pemain yang sudah melakukan balingan tidak bergerak ke belakang barisan. (tolak 2 markah).
· Pemain tidak membaling di bawah aras pinggang. (tolak 2 markah)




















Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...