Pada 15 Mac 2014, IPG Kampus keningau telah turun padang dalam menjayakan program Petandingan Permainan
Tradisional di SK. Kampung Bahagia, Nabawan. Program ini turut dihadiri oleh
pensyarah penasihat iaitu Encik Jais bin Siarus, dua orang pensyarah penilai
iaitu Encik Richard Kajim dan Puan Annie Pillin serta dipantau oleh oleh
penilai luar, Encik Daniel Chew dari IPGK Kent, Tuaran, tutor iaitu En. Amjah
Yunus dan En. Ahmad Mohd Yassin serta wakil dari unit peperiksaan
Program ini telah diketuai oleh Cik Jeoina Jamil dan dibantu oleh 14 orang pelatih guru PISMP Pendidikan Seni Visual minor PJK IPG Kampus Keningau semester 5/ 2014. Aktiviti bermula dengan sesi pendaftaran dan menyambut
ketibaan peserta-peserta dari lima buah sekolah iaitu SK. Kg. Bahagia, SK
Pekan, Nabawan, SK Kebu Baru, SK Tetagas dan SK. Kpg. Enam. Semasa sesi pendaftaran,
ajk pendaftaran akan mendaftarkan murid dan memberi sampul yang mengandungi
kelaian tali yang pelbagai warna untuk dipakai oleh para perserta. Warna tali
tersebut telah melambangkan sekolah mereka. Kemudian, aktiviti diteruskan
dengan acara senamrobik bercorakan ala-ala zumba yang dibawa oleh kumpulan
penganjur.
Acara yang ditunggu-tunggu ialah lima acara pertandingan
tradisional yang akan dipertandingkan dan terus dimulakan dengan permainan
“Kalawon Atulai”, diikuti permainan “baling buah kelapa”, permainan “lari dalam
guni”, permainan “terumpak gergasi” dan permainan “tarik tali”. Acara tarik
tali persahabatan turut dilakukan di antara pelatih IPG dan guru-guru SK. Kg.
Bahagia sebagai tanda hubungan yang mesra antara dua pihak telah terjalin. Sesunguhnya
semua acara yang telah dipertandingankan berjalan dengan lebih lancar seperti
yang dirancang dan apa yang kami telah harapkan. Program ini juga telah Berjaya
mengeratkan hubungan diantara semua golongan sama ada daripada pihak IPG
Keningau, Sekolah tuan rumah, murid dan guru sekolah-sekolah yang terlibat dan
warga penduduk Kg Bahagia.
Selesainya pertandingan permainan ini, acara perasmian
dilakukan di dewan mini. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Jais bin
siarus selaku pensyarah penasihat bagi subjek PJM3112. Kemudian diteruskan
dengan acara penyampaian hadiah dan penghargaan. Berikut ialah keputusan rasmi
bagi pemenang keseluruhan bagi semua acara yang telah dipertandingkan.
Tempat pertama = SK. Kg. Bahagia.
Tempat kedua = SK. Pekan, Nabawan.
Tempat ketiga = SK. Kebu Baru
Tempat keempat = SK. Tetagas
Tempat kelima = SK. Kg. Enam
Selesainya acara ini,
sesi fotografi dilakukan sebagai kenangan bagi setiap sekolah dan penganjur.
Akhir sekali, program ditutup dengan jamuan makan tengahari yang telah
disediakan dan majlis bersurai. Selepas itu, kami diminta untuk berkumpul untuk
mendengar komen dan post-motem dari pensyarah penilai, tutor dan penilai luar
terhadap penganjuran yang telah kami laksanaan sepanjang pagi tersebut. Dalam
sesi tersebut segala keletihan, keperitan, kecederaan, kesakitan, beban
pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit diubati dengan dua ayat “tahniah kamu Berjaya melaksanakan dengan
jayanya” dan “tapak kamu macam pesta menuai” begitulah antara apriasasi
daripada pensyarah penilai dan penilai luar. Sebagai pihak penganjur juga kami
berasa bangga dan bersyukur kerana kami dapat bersatu hati dan berjaya mencapai
objektif perlaksanaan program ini dengan jayanya. kesempatan ini, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah pembimbing kerana telah banyak
membimbing dan mendorong serta memberi kami sokongan kekuatan dalam
melaksanakan aktiviti ini. Tidak dilupakan semua yang terlibat secara lansung
dan tidak lansung.
Kemudian,
aktiviti gotong-royong dilakukan oleh penganjur dan meninggalkan destinasi
dalam keadaan yang bersih.
Disediakan oleh,
__________________
(WINNIE MAILLIN)
Setiausaha Program Pertandingan
Tradisional
GAMBAR PERJALANAN PENGURUSAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL.
|
Berbincang pengurusan tapak di SK Kg Bahagia Nabawan |
|
Mengambil Bambu untuk menghias tapak dan membuat peralatan kegunaan berasaskan bambu |
|
Proses mencat papan untuk Terumpak Gergasi |
|
Masa makan jan lupa Berdoa... |
|
Warga Sk Kg Bahagia yang sentiasa komited dan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak IPG |
|
ketibaan perserta dari sekolah sekitar Daerah Nabawan |
|
Ajk Pendaftaran dan pengerusan murid memberi taklimat |
|
wajah-wajah harapan negara dari SK Pekan Nabawan |
|
Nabawan nuber One!!! |
|
Taklimat Ringkas Oleh Ajk Sukan |
|
Ketibaan Pensyarah IPG Keningau |
|
SK Kg Bahagia, Nabawan |
|
SK Pekan Nabawan |
|
SK Kebu Baru Nabawan |
|
SK Kg Enam, Nabawan |
|
SK Tetagas, Nabawan |
|
Zumba |
|
Kalawon Atulai |
|
Kalawon Atulai |
|
Kalawon Atulai |
|
baling buah kelapa |
|
lari dalam karung |
|
lari dalam karung |
|
Perarakan menuju ke Tapak Permainan Terumpak Gergasi |
|
Para perserta ke Tapak permainan terumpak gergasi... terdapat hiasan Tinauh untuk hiasan tapak... Tinauh yang di bina tersebut merupakan simbolik bagi suku kaum murut di daerah nabawan |
|
Permainan Terumpak Gergasi |
|
Permainan Terumpak Gergasi |
|
Permainan Terumpak Gergasi |
|
Gimik Penceritaan Sejarah Tarik Tali |
|
katua kampung am... |
|
Permainan Tarik Tali |
|
Permainan Tarik Tali |
|
Permainan Tarik Tali ( Johan Tarik Tali SK Pekan Nabawan) |
|
Permainan Tarik Tali |
|
Permainan Tarik Tali |
|
Permainan Tarik Tali perlawanan persahabatan antara IPG Keningau dan Sk Kg Bahagia |
|
Pelatih IPG Kampus Keningau |
|
Guru Sk Kg Bahagia |
|
Guru Sk Kg Bahagia ( terima kasih kami semua ucapkan kepada semua guru SK Kg Bahagia ) |
Kumpulan PISMP PSV, IPG Kampus Keningau
merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
· PPD Nabawan
· SK. Kg. Bahagia, Nabawan
· SK. Pekan Nabawan
· SK. Tetagas, Nabawan
· SK. Kg. Enam, Nabawan
· SK. Kebu Baru, Nabawan
· Encik Jamil Balua dan keluarga
wahh!!! seronok ingat balik tu moment.. pengalaman yang sangat berharga^^
ReplyDeleteya bah... anjuran gila2...
Delete