Skip to main content

SMK Keningau II.. SeKoLaH Ku... TeMpat MenjaDiKan ManUSia meNjaDi ManuSia...


           SMK Keningau II, Keningau mula beroperasi pada 6hb januari 1997. Pengambilan pertama adalah untuk Tingkatan Satu (12 buah kelas) dan Tingkatan Empat (3 buah kelas) dengan bilangan pelajar keseluruhannya lebih kurang 550 orang. Pelajar pengasas sekolah ini terdiri daripada para pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Keningau. Mereka ditempatkan di sekolah ini kerana sekolah asal tidak dapat menampung mereka ekoran pertambahan pelajar yang di luar jangkaan.
Encik Sahumin Hj. Daud adalah Pengetua yang pertama di sekolah ini. Beliau dibantu oleh Puan Jaharah Jaafar sebagai Penolong Kanan dan Encik Sailin Sarabini sebagai Penolong Kanan HEM. Mereka dibantu oleh dua orang staf sokongan dan 12 orang guru.
Pegawai-pegawai yang terlibat untuk merancang pembinaan sekolah ini termasuklah Pegawai Pendidikan Bahagian Encik Haji Mohd. Salleh B. Haji Abd. Wahab dan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Ag. Hassan B. Ag. Amin. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan pada 5hb Mei 1997. Penaung pertama persatuan ini ialah senator Datuk Hj. Sairin Hj. Karno dan pengerusi pertama persatuan disandang oleh Raymond Pudon.
Pada 16hb Mac 1998, Encik Joanes B. Onson telah dilantik sebagai Pengetua sekolah ini yang kedua. Manakala Puan Jemira Bte Ekong sebagai Penolong Kanan HEM menggantikan Encik Sailin B. Sarabini yang dilantik sebagai Kaunselor Pelajar.
Sekolah yang dibina di atas tapak seluas 25 ekar ini dan terletak berhampiran Kampung Luagan di dalam mukim Keningau kini mempunyai lebih kurang 1,800 orang pelajar termasuk kumpulan pertama pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah yang pengambilannya bermula pada bulan Jun tahun 2005.
Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan merangkumi blok 3 tingkat Bangunan Pentadbiran ; 2 blok 3 tingkat Bilik darjah untuk tingkatn 1 hingga 5; sebuah blok 4 tingkat Makmal Sains, Kemahiran Hidup, dan ERT ; sebauh blok 4 tingkatn pra universiti, sebuah bilik Pusat Sumber; sebuah bilik Pendidikan Muzik; sebuah bilik Pendidikan Seni Visual; sebuah blok makmal ICT, sebuah blok Teknologi Kejuruteraan, sebuah surau, sebuah blok 2 tingkat Bangunan Asrama lelaki dan perempuan dan 2 blok Flat Guru.
Dari segi kemudahan permainan, sekolah ini mempunyai Dewan Serbaguna, padang bola sepak, sebuah gelanggang bola keranjang dan bola jaring. Sekolah ini masih mempunyai ruang untuk membina gelanggang permainan lain seperti tennis, bola tamper dan sepak takraw.
Dengan Motto “BUDAYA ILMU TERAS KECERMELANGAN” dan dengan izin Tuhan yang Maha Esa, sekolah ini akan menjadi Sekolah Contoh dan Penggerak Kecemerlangan Masyarakat.

VISI SEKOLAH

"Meletakkan Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II sebagai salah sebuah sekolah yang terunggul di peringkat negeri menjelang tahun 2010.

MISI SEKOLAH
  • Melahirkan insan yang terbilang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
  • Memupuk semangat cinta dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah dan negara
  • Menyediakan ruang untuk perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dengan berintegrasikan Teknologi Maklumat dalam semua bidang
  • Melahirkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan di kalangan warga sekolah
  • Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam menjalin pemuafakatan ke arah kecemerlangan pelajar sekolah
  • Mengamalkan budaya kerja cemerlang, profesional, efisien dan dedikasi

LOGO SEKOLAH




WARNA

PUTIH – Melambangkan kesucian dan kemurnian hasrat dan matlamat dalam pendidikan

MERAH – Tanda berani dan cekal hati dalam menghadapi apa jua halangan dan cabaran

BIRU – Tanda tekun dan usaha yang berterusan di samping memastikan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

HIJAU – Sebagai lambang kedamaian dan kepatuhan pada peraturan sekolah

COKLAT – Tanda tegas dan teguh pendirian.  Warna ini juga merupakan warna rasmi SMK Keningau II

Nota: Kombinasi warna Merah, Biru dan Putih adalah warna asas bagi bendera negeri Sabah.

LAMBANG

BUKU – Lambang ilmu pengetahuan

PENA – Lambang kreativiti guru dan pelajar

5 BULATAN – Tanda sokongan dn perpaduan daripada komuniti sekoalh yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti akademik, sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan kea rah kecermelangan

1997 ( 1417 ) – Merupakan titik mula SMK Keningau II dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
http://smkkdua.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
LAGU SEKOLAH  : 
SMK Keningau II

SMK Keningau II cemerlang
Sekolah harapan bangsa
Megah berdiri di persada ilmu
Mencurah bakti tanpa jemu

SMK Keningau II gemilang
Berpendirian tegas dan teguh
Cekal dan berani hadapi cabaran
Ke arah pendidikan bermutu

Korus:
Sekolahku cemerlang
Sekolahku gemilang
Maju dan berteknologi
Mendidik anak nusa bangsa
Jadi bangsa yang berwawasan

SMK Keningau II tercinta
Melahirkan insan yang seimbang
Hasrat murni tidak dihampakan
Budaya Ilmu Teras Kecermelangan

Ulangan korus dari rangkap ke 4


Lirik:   En. Kawos Bartholomew Guding
Melodi:   Pn. Magdelen Gisip
Notes:   En. Mait Atong
Dasar Sekolah

1.   Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan program yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan cemerlang, penuh kesedaran, rasa bertanggungjawab, dedikasi dan amanah.

2.   Meletakkan  kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri

3.   Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukun Negara dan perkhidmatan cemerlang.

4.   Memberi kerjasama yang erat dan sokongan padu kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai Pelajaran Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian PelajaranMalaysia.

5.   Mengadakan/mewujudkan hubungan baik dengan mana-mana jabatan lain/badan-badan swasta

6.   Mengadakan/menjalinkan hubungan yang baik dan akrab dengan ibubapa/penjaga pelajar serta masyarakat umum

7.   Membina dan mengamalkan semangat kekitaan di kalangan warga SMK Keningau II, sebagai satu pasukan padu/kuat berdasarkan semangat kekeluargaan.

8.   Memberi galakan kepada guru/staf sokongan untuk meninggikan ilmu Pengetahuan

9.   Mempraktiskan budaya kerja cemerlang dan sistematik

10. Mengamalkan konsep ‘Kerjaya Bersama’


Falsafah Sekolah

Falsafah SMK Keningau II adalah selaras dengan berteraskan pada 65 kosa kata di dalam Falsafah Pendidikan Negara seperti berikut:

“ Pendidikan di Malaysia adalah sesuatu usaha yang berterusan kea rah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara “


Objektif Sekolah

1.   Memperkembangkan potensi pelajar dari semua segi secara menyeluruh dan bersepadu

2.   Melahirkan pelajar yang beilmu canggih dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran alam dan masyarakat

3.   Melahirkan pelajar yang dapat menyumbangkan kepada kemajuan dan kesejahteraan diri supaya mereka dapat pula berfungsi secara berkesan dan produktif dalam proses keharmonian dan pembangunan negara

Matlamat Sekolah

1.   SMK Keningau II akan berusaha dengan segala kemampuan untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran NegeriSabah.

2.   Untuk meletakkan SMK Keningau II ke tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan masyarakat setempat menerusi kejayaan-kejayaan cemerlang di dalam:

a.   Pencapaian akademik yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti
b.   Pencapaian cemerlang dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum
c.   Amalan disiplin diri yang baik
d.   Pembentukan moral.akhlak yang terpuji melalui kepercayaan  beragama
e.   Perkembangan dan pertimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani
f.   Kepimpinan pelajar yang baik

3.   Mengamalkan semangat taat setia, cinta dan saying kepada sekolah.

4.   Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan golongan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab mencari kesejahteraan.

5.   Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif, tenteram, aman, bersih, cantik dan selesa untuk perkembangan keperibadian yang baik

6.   Menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar melalui program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum

7.   Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan di kalangan pelajar, guru dan staf sokongan.

8.   Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dengan minat membaca yang tinggi dan dapat melahirkan buah fikiran secara lisan dan tulisan dengan teratur, lancer, tepat dan berkesan.

9.   Menggunakan secara optima segala kemudahan yang ada ( di sekolah dan luar sekolah ) untuk memperkukuhkan lagi dasar / matlamat sekolah

10.               Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien, bertanggungjawab, dedikasi, bersih, cekap dan amanah



Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada

SENI ARCA

Pengenalan Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung). Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan. Perkembangan seni arca di Malaysia Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-pa

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN         Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan   Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival. Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan. OBJEKTIF 1.   Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.