Skip to main content

SENI ARCA

Pengenalan

Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung).
Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan.

Perkembangan seni arca di Malaysia
Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mari yang mempunyai cici-ciri seumpama itu. Begitu juga dengan keadaanya Megalith Pedang di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. Hanya pada sekitar tahun 1960an pengkarya mula membina arca bentuk moden antaranya ialah Anthony Lau, Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian Seng dan sebagainya. Pengarca kini sudah berani berkarya dengan menggunakan perbagai media dan juga material. Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ataa isu-isu yang tersendiri berdasarkan kehendak pengkarya ataupun kehendak pasaran.
Seni Arca Asia Arca di Asia banyak menggunakan patung-patung yang menggambarkan sesuatu entiti yang khusus, biasanya manusia,peristiwa,,haiwan atau objek.Tumpuannya ialah sebagai satu perlambangan. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam
yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam banggunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.Kadangkala,arca-arca yang dihasilkan mempunyai sejarah tersendiri. Pengarca Asia sekarang lebih berani menghasilkan karyamengikut idea dan juga tema-tema. Contohnya pengarca dari Thailand iaitu Chainapa Lepajarn yang telah menghasilkan olahan arca yangberbentuk abstrak. Dari situ dapat dilihat bahawa pengarca asia telah membawa perkembangan mengikut arus kemodenan.
Seni Arca Antarabangsa
Pengarca antarabangsa kebanyakan merujuk kepada sejarah dan juga budaya masing-masing sebagai panduan untuk berkarya. Banyak perubahan berlaku mengikut arus kemodenan. Dengan adanya saina dan teknologi pelbagai bentuk arca dapat dihasilkan. Arca pada zaman ini juga tidak lagi terhad kepada carving dan mpdeling. Sekarang iayanya tertumpu kepada bentuk dan juga pengamatan tiga dimensi. Pengarca menghasilkan karya dengan menggunakan element seni yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan. Antaranya besi, Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori baru telahmenarik ramai pemerhati dan pemintaan pasaran
kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang banyakmenghasilkan karya berbentuk abstrak
dan menggunakan bahan seperti kayu.
Antara arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa Umpamanya pada tahun 1986,apabila Patung Liberty meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu perayaan selama tiga hari telah diadakan yang berjaya menarik Patung Liberty12 juta pengunjung.
Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini.
Definasi Arca
Arca adalah hasil kerja seni dalam bentuk tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

 Jenis – jenis arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
1. Arca berfungsi (fizikal)
Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh arcawan.Kebanyakan arca ini hanyalah untuk upacara keagamaan dan kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata,sebaliknya ia mempunyai kepentingan kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai seperti ruang legar,bulatan sempang empat dan sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk menghiburkan pengunjung. Antara arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak bermain.
Arca berfungsi fizikal
2. Arca Estetika
Arca jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak. Keperluan arca ini adalah menghayati dan menghargai nilai keindahannya. Oleh itu seseorang memerlukan nilai-nilai intelek untuk memahaminya. Pada kebiasaannya arca ini dipamirkan di dalam galeri.
Arca Estetika
Kategori arca
1. Arca Asemblaj
2. Arca Binaan
Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka cantumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bah an-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.
3. Arca Luakan

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya.

4. Arca Timbulan 

Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

5. Arca Tambahan
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemudiannya dikeraskan melalui acuan seperti plaster of paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.
6. Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

7. Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Ciri – ciri Arca Mengikut Kategori

  1. STABAIL

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling.
2. MOBAIL
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
3. ASEMBLAJ
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN         Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan   Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival. Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan. OBJEKTIF 1.   Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.