Apresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau
kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi
mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema “subject matter”serta
gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek
pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif
Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan
terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan
sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical
operation,such as defining, valuing, and explaining”. Pendidikan seni harus
dilihat dalam skop yang lebih luas.
Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan
sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.
Munurut Chapman(1978), “If treat art as if it were only a matter of
learning facts and mastering technique, we deny its value and character”.
Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya
seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu
masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every
culture, differences in value and belief are expressed through language and art
forms such as dress, architecture an decoration…”.
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria
pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca
dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa
untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam
konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup
mengenai seni yang diperlukan.
PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Objektif Apresiasi
Objektif apresiasi adalah untuk:
(a) memahami dan
bertindak terhadap aspek seni;
(b) mengetahui pentingnya nilai
seni dalam kehidupan;
(c) menghasilkan karya
(produk seni);
(d) memahami seni dan
hubungannya; dan
(e) membuat dan
menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.
TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,
pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam
hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil
sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat
perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita
dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
PENDEKATAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Mengikut John A. Michael dalam bukunya ‘Art and Adolescense’ ada
dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:
(a) Pendekatan secara
logik
(b) Pendekatan secara psikologi
(a) Pendekatan
Secara Logik
Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan
pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
1.
|
Secara
Penerangan
|
Membaca,
mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai
astetika serta pengaruh.
|
2.
|
Secara
Pemerhatian
|
Balai
seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar.
|
3.
|
Secara
Perbandingan
|
Analisa,
penilaian, perbandinan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan
kesedaran.
|
4.
|
Secara
Penghasilan
|
Membuat
mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas,
kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya
konsep dan zaman.
|
(b) Pendekatan Secara Psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus
kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.
Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat
berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistic dan dapat menerima ‘response’
dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan
serta alat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
1.
Secara perbincangan dan perbandingan.
|
2.
Secara proses inkuiri penemuan (‘discovery’).
|
3.
Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni.
|
4.
Secara menyediakan setting/set induksi.
|
5.
Secara membesarkan gambar.
|
6.
Secara mengolah bahan-bahan sebenar.
|
7.
Secara aktiviti permainan seni.
|
8.
Secara lawatan/pameran.
|
9.
Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.
|
KAEDAH MELIHAT SENI
Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
(a) Hedonistik
(b) Kontekstualistik
(c) Organistik
(d) Normistik
(e) Elektik
(a) Kaedah Hedonistik
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti
kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli
psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma
berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan
terdapat pelbagai citarasa.
(b) Kaedah Konstekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih
ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan
pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan
fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai
karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya,
kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan
yang menarik oleh pemerhati.
(c) Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang
teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara
harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek
tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.
Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari
segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan
serta kepelbagaian.
(d) Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari
aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan
pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi.
Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan
nilai-nilai akhlak.
Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui
batas yang dibenar dalam budaya dan agama.
(e) Kaedah
Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya
adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan
negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur
organisasi dan alat dan bahan.
Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada
aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
proses apresiasi.
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi
seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan
(‘description’)
(b) Menganalisa
(‘analysis’)
(c) Tafsiran
(‘interpretation’)
(d) Penilaian
(‘evaluation’)
(a)Menggambarkan
Mengamati
hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk,
rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
(b) Menganalisa
(i) Menganalisa
perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
(ii) Menganalisa
kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan
stail sesuatu karya.
(c) Tafsiran
(i) Mencari
makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol,
unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(ii) Mencari
metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi ( persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.
(d) Penilaian
(i) Membuat
penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian,
gubahan, teknik dan fungsi.
(ii) Menilai
hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar
telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang
tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a) Pengetahuan asas
senireka dan prinsip-prinsip seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis
seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman,
budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e) Maklumat mengenai
pelukis dan pandai tukang.
ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI
Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling
faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam
sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan,
berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam
masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran
positif.
Butiran Bidang
Bidang
|
Objektif
|
||||
Seni
dalam Kehidupan
|
(a)
|
Memahami
tentang kepelbagaiaan kegunaan dan kesan seni dalam kegiatan ekonomi,
pendidikan dan budaya;
|
|||
(b)
|
membincangkan
isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni;
|
||||
(c)
|
memahami
peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan
kehidupan serta kerjaya; dan
|
||||
(d)
|
mempertingkatkan
pengetahuan tetang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni.
|
||||
Seni
dalam
Komunikasi
( Seni
Halus )
|
(a)
|
Mengenalpasti
cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya.
|
|||
Reka
Bentuk
Rumah
Tradisional
|
(a)
|
Memahami
beberapa ciri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di
negara ini.
|
|||
Perkembangan
Seni
dalam
Budaya
Kebangsaan
|
(a)
|
Menambah
pengetahuan dan penghargaan tentang:
(i) sejarah
perkembangan seni dalam negara;
(ii) keistimewaan
ciri-ciri estetik dan fungsi;
(iii) sumbangan
dalam konteks warisan budaya; dan
(iv) sumbangan
institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya.
|
|||
(b)
|
Membolehkan
pelajar mempunyai daya kritikan yang lebih rasional tentang seni budaya
kebangsaan.
|
||||
Hasil
Seni Rakyat: tPeralatan t Kraf
tekat t Tenunan tBangunan t Alat permainan
|
(a)
(b)
(c)
(d)
|
Mengetahui
keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi;
mengetahui
peranan keris dalam konteks budaya Melayu; memahami jenis seni tekat dari
aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan;
memahami
jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan; dan
|
|||
(e)
|
memahami
reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permainan.
|
||||
Perkembangan
Seni
Lukis Moden
Malaysia
|
(a)
Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang:
(i) sejarah
perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam negara;
(ii) keistimewaan
ciri estetik dan fungsi;
(iii) sumbangan
dalam konteks warisan budaya; dan
(iv) sumbangan
institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya.
|
||||
Seni
Dalam Budaya Lain:
Kraf
dan Seni
Halus
|
(a) Menyedari
beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air dengan kraf luar negara.
(b) Memperkembangkan
pengetahuan dan penghargaan tentang:
(i) hasil
karya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya; dan
(ii) gerakan
seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni
halus tempatan.
|
||||
CONTOH KRITIKAN SENI
(a) Menggambar
(‘Description’)
Warna
|
Penggunaan
warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan nilai estetik
karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga,
kuning, oren, dan merah nyala.
|
Garisan
|
Berfokus
kepada yang dilukis untuk mewujudkan ‘outline’.
|
Ruang
|
Objek
dilukis memenuhi ruang.
|
Rupa
|
Menggunakan
objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan
(‘movement’).
Dilukis dengan aksi yang berbeza.
|
Prinsip
Rekaan
|
Penegasan
– dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi
tumpuan oleh pemerhati.
|
Imbangan
|
Memanfaatkan
figura manusia sebagai imbangan.
|
Kesatuan
|
Idea
yang sama dan menyeluruh.
|
(b) Menganalisa (‘Analyse’)
Subjek
|
Manusia
|
Unsur-unsur
seni
|
1.
Warna
2.
Rupa
3.
Bentuk
|
Prinsip
Rekaan
|
1. Penegasan
2. Keseimbangan
3. Bentuk
|
Kualiti
Ekspresif
|
1. Mood
– tolong-menolong.
2. Suasana
– harmoni dan aman.
|
Bahan/Teknik/
Kaedah
|
Menggunakan
pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton.
|
(c) Tafsiran (‘Interpretation’)
Makna/Mesej
|
Unsur-unsur
seni
|
Subjek
|
Manusia
|
Simbol
|
Gotong-royong/kerjasama
|
Unsur-unsur
Seni
|
Warna,
rupa dan bentuk.
|
Prinsip
Rekaan
|
Penegasan,
keseimbangan dan kesatuan.
|
Metafora/Analogi
bagi
menjelaskan makna
|
Lebih
menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan mempunyai
semangat kerjasama dalam kehidupan harian.
|
(d) Penilaian (‘Evaluation’)
Kriteria
|
|
Keaslian
|
Berdasarkan
kepada pengalaman.
|
Gubahan
|
Berdasarkan
alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka.
|
Teknik
|
Hasil
daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau
untuk mengolah dalam bentuk fabrik.
|
Fungsi
|
Menyedarkan
masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan suasana
harmoni.
|
Comments
Post a Comment