Skip to main content

Unduk Kumang Gawai Kamaatan Kg keningau 2013




Miss Unduk Kumang gawal Cecilia Maillin, 1st runnerWin Glory, 2nd runner.. lupa nama dia..

       Kg Keningau..2013 telah berjaya menganjurkan satu pesta yang telah mengabungkan Pesta Kamaatan dan Pesta Gawai buat pertama kalinya dalam satu majlis keramaian yang begitu meriah sekali. Pesta Kamaatan Gawai ini telah dianjurkan hasil gabungan daripada usaha belia-belia kampung keningau dan persatuan kebudayaan kampung keningau. 
      Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah sukaneka seperti melastik, membuka kulit kelapa Tua, memanjat tiang, buka kulit padi, bola sepak dan banyak lagi permainan moden dan tradisional dipertandingkan. 
     sememangnya, tarikh perlaksanaan pesta ini menghadapi pelbagai dugaan akibat daripada peristiwa yang menyedihkan terjadi di kg ini, iaitu berlakunya kematian berturut-turut yang menyebabkan seluruh penduduk kampung telah bersatu hati untuk mengikut adat warisan untuk berpantang berkabung selama sebulan selepas kematian terakhir pada ketika itu. 
      Oleh yang demikian, pesta ini telah ditunda beberapa kali dan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 13 julai 2013 dengan begitu aman damai dan meriah dengan kehadiran penduduk kampung. antara pengisian pada hari tersebut ialah seperti persembahan tarian dari suku kaum Iban, tarian moden kanak-kanak Gangnam style, persembahan nyanyian, pertandingan ratu fesyen kanak-kanak, pertandingan sogandoi, pertandingan ratu pondan, acara kemuncak Unduk Kumang Gawai Kamaatan, tajau bertuah dan banyak lagi.
     

     
Barisan Perserta Unduk Kumang Gawai Kamaatan 2013



salah seorang perserta Ratu Pondan yang mencuit hati penonton..( itu skirt dia pakai tu saya punya... hahahha)

Pemuda belia  kg keningau yang sangat spoting memeriahkan majlis..

perserta Ratu Fesyen kanak-kanak

cincan dan pion 

tempat ketiga

tempat kedua ratu fesyen kanak-kanak Edreen Lynn 
baju dari suku kaum kenyah di sarawak.

tempat pertama Fonny Ann 
baju moden dress murut yang direka oleh cik Win Glory dengan gabungan corak serawak, selendang masyarakat kaum kenya...

Terima kasih kepada penaja busana ini Puan Aina (Kg Masaak, keningau)


Selamat Menyambut Pesta Kamaatan dan Pesta Gawai kepada semua....




Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...