Skip to main content

Kemahiran Set Induksi


SET INDUKSI
Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu.

TUJUAN
• Dapat menarik perhatian murid. Naluri kanak-kanak ingin mengetahui apa yang kita cuba tunjulkan.
• Murid mudah memahami kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran telah diajar. Ini berdasarkan pengalaman sedia ada pada mereka. Contohnya pernah melihatnya dirumah, televisyen dan sebagainya.
• Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui / mempelajari pelajaran tersebut.
• Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

BILA SET INDUKSI DIGUNAKAN?
• Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baru.
• Mengenalkan sesuatu konsep kepada murid-murid.
• Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran kanak-kanak.
• Memulakan sesi soal jawab. Menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi.
• Mengubah cara penyampaian jika murid kurang/tidak faham.
• Memulakan kerja amali.

BAGAIMANAKAH CARANYA?
• Guru bercerita.
• Aktiviti yang menarik seperti nyanyian,lakonan dan simulasi.
• Menggunakan alat bantu mengajar.
• Bersoal jawab pengalaman harian murid atau murid bercerita.
• Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu atau mengeluarkan bunyi ganjil.
• Menggunakan isu-isu yang mencabar murid seperti “purdah perlu ditegah disekolah”
• Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik.

Guru digalakkan untuk mengamalkan strategi berikut:-
· Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka dah bersedia. Ini perlu agar fokus murid tidak akan beralih kepada aktiviti lain. Contohnya mereka akan bersedia untuk pembelajaran setelah berhenti dari aktiviti bermain secara bebas.
· Bertanya apa dalam kotak atau poket doraemon.
· Bahasa- tertib dan sesuai dengan keadaan setempat. Mudah difahami.
· Memberikan bimbingan kepada murid secara beransur-ansur hingga mereka boleh berdikari. Guru sebagai pembimbing terutamanya dalam aktiviti berkumpulan agar mereka dapat mengembangkan lagi perkembangan kognitif mereka.
· Pusatkan perhatian secara lisan atau bukan lisan.
· Pelbagai interaksi : guru-murid, guru-kumpulan. Supaya tidak terjadi interaksi satu hala sahaja. Interaksi yang sihat adalah dua hala dimana kaedah ini akan menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.
· Ada kan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan. Tidak
membebankan pelajar agar mereka lebih berminat dan tidak tertekan.
· Pelbagaikan pengalaman –deria seperti mendengar,melihat & merasa secara praktikal dimana kanak-kanak akan dapat menerima pengalaman tersebut secara berpanjangan. Contohnya merasa garam untuk mengetahui rasa masin yang sebenarnya.

STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pengajaran perlu dirancang terlebih dahulu berdasarkan kompenen-kompenen kemahiran set induksi, khususnya kompenen-kompenen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk belajar. Alat bantu mengajar harus disediakan dengan tujuan untuk menambahkan kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR
Sekiranya bahan bantu mengajar digunakan dengan baik ia akan dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Penggunaan ABM boleh mempercepatkan lagi proses p&p.
• Pertimbangkan alat-alat yang sesuai dengan jumlah murid. Contohnya komputer,LCD, ”Mahjong paper”. Model dan lain-lain lagi.
• Pilih alat yang sesuai dengan umur murid. Sekiranya menggunakan gambar,guru digalakkan untuk menggunakan gambar 3D supaya mereka mudah untuk faham. Gambar tayang bergerak juga sesuai digunakan.
• Sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran. Untuk memberi gambaran yang sebenar tentang pelajaran yang hendak diajar. Guru boleh menggunakan model sebenar. Contohnya buah-buahan yang sebenar seperti pisang dan sebagainya.
• Sesuai dengan objektif. Contohnya diakhir pembelajaran kanak-kanak dapat mengenal buah-buahan tempatan.
• Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik, plug dan sebagainya. Untuk ini guru boleh menggunakan komputer, LCD dan juga projektor.
• Penggunaan tidak begitu rumit sehingga menggangu kelancaran penyampaian pelajaran. Guru perlu bersedia untuk back up plan sekiranya berlaku masalah seperti teknikal dan sebagainya.
• Paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran murid. Kanak mendapat terus pengalaman sebenarnya. Contoh dengan menyediakan bahan sebenar kanak-kanak boleh merasai sendiri pengalaman tersebut. Contohnya warna buah, rasa, bau dan sebagainya.
• Menarik,jelas gambarannya dan mudah difahami.warna tidak terlalu garang atau gelap. Sekiranya menggunakan slaid pastikan huruf yang digunakan jelas dan besar, sesuai dengan jarak kedudukkan kanak-kanak dengan slaid. Warna huruf dan latar belakang pula mestilah kontras. contohnya putih-hitam, biru-putih dan latarbelakang slaid pula tidak mengganggu tulisan.
• Tidak memerlukan kos yang tinggi seeloknya mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang mudah diperolehi. Contohnya gambar dari internet.
• Yang terdapat disekeliling dan murah pula harganya.
KESIMPULANNYA
Untuk menjalankan sesustu sesi pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat boleh memilih salah satu daripada kemahiran-kamahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persedian mengajar berdasarkan prinsip objektif dan kompenen-kompenen kemahirannya berdasarkan kesesuaian masa bagi sesuatu kemahiran. Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji,menggalak) dan bukan lisan untuk
menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran.

SOALAN-SOALAN KEFAHAMAN
1 Di antara kepentingan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran
A. Supaya pelajar cepat membaca
B. Kerja rumah dapat dibuat dengan mudah
C. Menarik perhatian pelajar kepada apa yang hendak diajar
D. Tugasan amali dapat dibuat dengan baik.
2 Pemilihan Alat Bantu Mengajar dalam P& P sangat penting. Bincangkan.


Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...