Monday, 29 September 2014

Kajian Tindakan

1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan


Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti:
• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
• Apakah isu yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?
Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) kajian tindakan:
Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
Kumpulan Penyelidik
Tajuk Kajian
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Objektif Kajian
Kumpulan Sasaran
Tindakan Yang Dicadangkan
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian

4. Syarat untuk Mendapatkan Pembiayaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan (sekiranya
di bawah peruntukan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan)

Kelulusan sesuatu kertas cadangan (proposal) kajian tindakan serta jumlah kos yang ditawarkan
bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
• Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
• Objektif kajian
• Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
• Bahan yang akan digunakan
• Kos yang terperinci
Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:
• Jumlah bahan yang diperlukan,
• Harga bagi satu unit bahan,
• Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

5. Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1. Tajuk Kajian
a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.
b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian

1. Tajuk Kajian:
Aplikasi Teknik Bulatan Dalam Lukisan Kanak-Kanak
Atau:
Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari

2.Nama penyelidik Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan
Contoh:
Nama Penyelidik: Salina bt. Salleh

3.Nama Sekolah
Catatkan nama sekolah beserta alamat lengkap
Contoh:
Nama Sekolah: Sk Pasir Bedengung
                        Jalan Tengku Muhammad
                        25050, Kuantan
                        Pahang Darul Makmur


4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sewaktu saya menyemak lukisan murid tahun 5 Bestari. saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati
walaupun mereka telah berada di tahap 2, tahap penguasaan melakar mereka masih sangat rendah, lakaran masih tidak terkawal. Selain itu, masih ramai murid yang tidak memegang pensil dengan betul ketika membuat lakaran. Hasil lukisan mereka seperti biasa sahaja iaitu melukis orang lidi yang biasanya dilakukan oleh murid tahap satu. Dalam ujian mudah melukis objek haiwan, saya dapati 37% daripada jumlah murid dari kelas ini tidak membuat lakaran. Apabila saya tanyakan kepada para murid tentang keadaan ini,
jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu "cikgu
tak ajar pun melukis objek tu. Kami hanya disuruh mewarna gambar yang sudah dilukis.". Ada juga di kalangan murid yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagian melukis. Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk melukis objek.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka?. Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?. Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membuat kerja melukis. Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang
mempunyai tahap melukis yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan melakar di kalangan
mereka ialah disebabkan kurangnya aktiviti melukis objek atau teknik mengajar lukisan yang kurang sesuai dengan tahap perkembangan kreativiti mereka. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan melakar dengan cara yang betul. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat memperbaiki lukisan mereka yang akhirnya menjejaskan minat mereka terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Isu /Keperihatinan Yang Dikaji

Tentukan tema /isu keprihatinan kajian/ masalah /
• Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1.

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kemahiran asas melukis. Murid saya mempunyai tahap melakar yang sangat terhad. Mereka hanya mampu memenghasilkan lakaran lidi. Mereka melakukan kesilapan bermula daripada kawalan pensil. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
• Cara memegang pensil yang kurang sesuai menyebabkan sukar mengawal mata pensil.
• Melukis imej hanya dengan lakaran mudah iaitu orang lidi.
• Pelajar tidak melukis kerana tidak yakin untuk memulakan melukis pada bahagian mana yang perlu didahulukan.

Dengan membantu murid berlatih mengawal pensil saya yakin murid boleh meningkatkan tahap kemahiran melukis objek dengan lebih baik.

6. Tentukan Objektif Kajian

Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti / tindakan.
• Objektif hendaklah boleh diukur.
• Semua objektif khas hendaklah diukur / nilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti.


Penulisan belum selesai. Akan disambung ...


copy pase dari : http://psv3.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan. 


Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
            Jenis
Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif


Pengertian

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.


Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.


Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.



Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.


Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

Masa

Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.

Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).



Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.


Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan atau kelas.


Secara kelas

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)


Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)


Penggunaan rekod profil atau pensijilan.




Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.


·   Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
·   Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.
·   Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Friday, 26 September 2014

Cara 'Delete' 'Fan Page' di 'Facebook'



Sepetang penat untuk buat fan page kat sebelah ni. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah klik Like ya sayang. Bukan penat nak letak gadjet kat sebelah ni, tapi penat time create page tu. Entah macam mana jadi sampai 3 pula page ahsfantasy24.com ni. So, tadi saya pening nak delete yang lagi 2 page tu la.


Kalau ada orang paste link entry blog dia kat fan page tu, confirm saya akan melawat dan tinggalkan jejak. Tak percaya? Cubalah! Kalau ada yang punya nasib yang sama, saya letakkan kat sini cara-cara nak delete fan page di facebook anda. Juga untuk rujukan masa hadapan:
  1. Log in akaun Facebook anda;
  2. Klik paparan 'fan page' yang anda ingin delete;
  3. Klik 'Edit Page' di sidebar kiri di bawah gambar fan page;
  4. Pilih 'permanently delete page'.


P/s: Belajar daripada pengalaman. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak delete fan page, memang kena buat yang lain.
- See more at: http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/cara-untuk-delete-fan-page-di-facebook.html#sthash.VKt3cbHH.dpuf

copy pase dari : http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/cara-untuk-delete-fan-page-di-facebook.html

PERTUBUHAN WHO (World Health Organization)

 Persatuan kesihatan sedunia adalah pertubuhan yang khusus berkaitan kesihatan. Pertubuhan ini lebih dikenali sebagai WHO atau World Health Organization dan ditubuhkan pada 7 April 1948 dibawah PBB.
Objektif pertubuhannya adalah bagi mencapai tahap kesihatan yang terbaik bagi semua individu. dalam perlembagaan WHO, kesihatan didefinisikan sebagai kesempurnaan fizikal, mental dan sosial. Pertubuhan ini ditadbir oleh 192 ahli yang mewakili negara masing-masing melalui perhimpunan kesihatan. Fungsi utama perhimpunan kesihatan sedunia bagi membincangkan program-program anjuran Pertubuhan kesihatan Sedunia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi bantuan kewangan serta untuk membaiki & mpertingkatkan kemudahan kesihatan, perubatan & ombasmian wabak pnyakit.
Tanggungjawab utama atau sumbangan pertubuhan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan kesihatan. badan ini juga menjalankan pelbagai program perlalian selain daripada memberi maklumat terakhir tentang penyelidikan terhadap pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit barah, kawalan dadah dan kesan radiasi nukler. Selain daripada itu juga, pertubuhan ini turut membantu mencari jalan untuk mengelakkan penyakit berjangkit dengan menjalankan pelbagai kempen besar-besaran serta menyediakan segala kemudahan penyelidikan. Seterusnya, ialah menggalakkan serta meningkatkan taraf kesihatan dunia menerusi pelbagai program termasuk menyediakan bantuan teknikal.
Secara rumusannya WHO merupakan satu pertubuhan yang bertanggungjawab untuk mengutamakan kesihatan penduduk dunia dan berusaha untuk meningkatkan dari masa ke semasa dengan menggunakan petunjuk yang sesuai bagi mengukur perubahan taraf kesihatan bagi masyarakat antarabangsa




Tuesday, 23 September 2014

Mother Teresa - Biarawati yang disanjungi Dunia


MOTHER TERESA merupakan seorang biarawati yang telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong rakyat miskin di dunia. Gelaran ‘mother’ yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk menghargai sumbangan insaniahnya kepada yang memerlukan.

Walaupun insan terkenal ini tidak pernah melahirkan anak, beliau telah mejadi ibu angkat kepada jutaan orang miskin melalui usahanya menerusi pertubuhan Missionaries of Charity yang diasaskannya di Calcutta, India pada tahun 1950.

Sepanjang hayatnya, dia mengetuai pertubuhan tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai fakir miskin, anak-anak yatim, dan mereka yang sudah tidak ada harapan untuk hidup.

Terdapat lebih daripada 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk pusat hospis untuk pesakit HIV/AIDS dan pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin, yang bernaung di bawah Missionaries of Charity.
Biarawati dihormati ini telah memenangi hadiah ‘Nobel Peace’ pada tahun 1979 dan telah menggondol anugerah tertinggi di India iaitu Bharat Ratna pada tahun 1980.

Selain itu, Mother Teresa juga pernah menerima banyak anugerah antarabangsa seperti Pope John XXIII Peace Price (1971), Nehru Price (1972) dan Balzan Prize (1979). Dia juga pernah menangi anugerah Templeton dan juga Magasaysay.

Sukarelawan yang disegani dunia ini dilahirkan pada 26 Ogos 1910 di Macedonia dan diberi nama Agnesë Gonxhe Bojaxhiu.Ayahnya meninggal dunia ketika usianya mececah lapan tahun dan dia dibesarkan oleh ibunya sebagai seorang Kristian (Roman Katolik).

Semasa kecil, Agnes sangat meminati cerita pendakwahan orang Kristian dan jasa yang disumbangkan oleh mereka untuk membantu orang miskin.

Ketika berumur 12 tahun, dia telah bertekad untuk menjadi seorang biarawati dan menyertai ‘Sisters of Loreto’semasa berumur 18 tahun. Setelah menjadi biarawati, beliau menukar namanya kepada Teresa. Mother Teresa kemudiannya pergi ke Rathfarnham, Ireland untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1929, kariernya sebagai guru bahasa Inggeris bermula. Destinasi pertama beliau sebagai guru ialah sebuah perkampungan bernama Darjeeling, yang terletak di kaki gunung Himalaya, di India. Setelah melihat kesengsaraan hidup penduduk di sana, hatinya telah terbuka untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Pada tahun 1948, beliau mula mengembara merentasi Darjeeling untuk membantu golongan miskin di India.

Usaha murni yang bermula di Calcutta, India dengan bantuan 13 orang sukarelawan kini telah berkembang kepada lebih daripada 4,000 orang biarawati dan sukarelawan yang menjaga banyak rumah anak-anak yatim, hospis pesakit AIDS, dan pusat-pusat kebajikan di seluruh dunia.

Yang menariknya, orang yang dirawat di hospisnya dibenarkan ‘pergi’ mengikut agama masing-masing walaupun ianya didirikan oleh penganut agama Kristian.

Dia yang suatu masa dahulu, terpaksa meminta sedekah untuk membantu fakir miskin kini telah dikurniakan dengan sumbangan yang melimpah-ruah dari orang ramai untuk memenuhi impiannya iaitu untuk menolong orang miskin.

Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana komplikasi jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. 

Saturday, 23 August 2014

Cara Meningkatkan Motivasi Diri

 Artikel motivasi ini memaparkan cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri anda!

Berikut ini adalah 21 cara!

  1. Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
  2. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. 
  3. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
  4. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
  6. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  7. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

  8. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
  9. Membuat atau mengkaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  10. Menghadiri seminar motivasi.
  11. Mendirikan sembahyang / solat khusus khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

  12. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!

  13. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  14. Meditasi.
  15. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb. - pejabat / rumah yang kemas mengarah kepada pemikiran yang cerdas, teratur, tenang dan produktif.

  16. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.

  17. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan, nasihat serta motivasi. 
  18. Keluar makan dengan ahli-ahli keluarga atau dengan kawan-kawan rapat lagi positif.
  19. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit atau sekali-sekala ke pantai yang indah lagi nyaman.
  20. Mengadakan kenduri doa selamat atau berjumpa dengan ibu-bapa jika masih ada.
  21. Melancong di dalam atau ke luar negara dengan tujuan mendapat semangat atau idea-idea baru.
c/p

Kata kata hikmah.


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar- bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63) “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri”

64) Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.

65) kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.

66) Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

67) Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.

68) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

69) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

70) Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

71) Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

72) Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

73) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

74) Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

75) Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

76) Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

77) Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

78) Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

79) Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

80) Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

81) Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

82) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

83) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

84) Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

85) Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

86) Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

87) Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

88) Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

89) Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

90) Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

91) Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

92) Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

93) Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

94) Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

95) Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

96) Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

97) Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

98) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

99) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

100) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

101) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

102) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

103) Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

104) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

105) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

105) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

106) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

107) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

108) Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

109) Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

110) “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

111)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

112) “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

113) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

114) “Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

115) ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

116) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

117) “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

118) “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

119) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

120) “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

121) “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

122) “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

123) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

124) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

125) “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

126) “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

127) “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …



c/p from http://hatiyangsedih.blogspot.com/p/kata-kata-hikmah.html

Win Glory : Inovasi digital untuk Kanak-kanak.

Win Glory : Inovasi digital untuk Kanak-kanak. : Senarai ciptaan inovasi digital yang sesuai digunakan untuk pendidikan Prasekolah 1. Aplika...