Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN         Penganjuran ”Pertandingan Permainan Tradisional” merupakan tugasan kerja kusus bagi subjek PJM 3112  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan   Sukan. Ianya mewajibkan para guru pelatih daripada kumpulan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester Lima (5) untuk melaksanakan kerja kursus, yang mana ianya adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival. Penganjuran ini merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaannya. Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagaipermainan tradisi yang sering dimainkan sejak zaman dahulu kepada, generasi muda masa kini. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempertahankan tradisi  turun-temurun dari segi permainan, daripada hilang    ditelan arus kemodenan. OBJEKTIF 1.   Memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih dalam mengendali dan menganjur sebarang aktiviti semasa berada di  sekolah.

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR DAERAH NABAWAN

Pada 15 Mac 2014, IPG Kampus keningau telah turun padang dalam menjayakan program Petandingan Permainan Tradisional di SK. Kampung Bahagia, Nabawan. Program ini turut dihadiri oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Jais bin Siarus, dua orang pensyarah penilai iaitu Encik Richard Kajim dan Puan Annie Pillin serta dipantau oleh oleh penilai luar, Encik Daniel Chew dari IPGK Kent, Tuaran, tutor iaitu En. Amjah Yunus dan En. Ahmad Mohd Yassin serta wakil dari unit peperiksaan Program ini telah diketuai oleh Cik Jeoina Jamil dan dibantu oleh 14  orang pelatih guru PISMP Pendidikan Seni Visual minor PJK IPG Kampus Keningau semester 5/ 2014.   Aktiviti bermula dengan sesi pendaftaran dan menyambut ketibaan peserta-peserta dari lima buah sekolah iaitu SK. Kg. Bahagia, SK Pekan, Nabawan, SK Kebu Baru, SK Tetagas dan SK. Kpg. Enam. Semasa sesi pendaftaran, ajk pendaftaran akan mendaftarkan murid dan memberi sampul yang mengandungi kelaian tali yang pelbagai warna untuk dipakai oleh para perse