Teori Pengajaran dan Pembelajaran Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada behavioris, kognitif, humanis, psiko-analitik dan kontrukstivisme. 1.1.1 Teori Behaviourisme Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajara