SOALAN 3.
HURAIKAN
BAGAIMANA STRATEGI ANDA UNTUK MENGURUS EMOSI DALAM SATU SITUASI YANG MENCABAR.
Lima
tahun dahulu, saya dan keluarga pernah mengalami satu peristiwa yang amat
bersejarah dan tidak mungkin dapat dilupakan. Pada ketika itu mendiang ayah saya
meninggal dunia pada 21hb febuari 2006. Pada ketika itu saya benar-benar
beremosi negatif dimana banyak perubahan negatif yang berlaku, dari segi emosi
kerana saya seolah-olah tidak dapat menerima tamparan yang hebat atas pemergian
ayah saya. Perasaan saya
begitu bercelaru dan tidak terurus semasa saya menjaganya dan bertambah teruk
apabila terpaksa menerima kenyataan kepergiannya.
Cara
saya mengatsi emosi saya semasa menjaga ayah saya yang menderita penyakit
paru-paru ialah mengamalkan kejujuran emosi, melalui subjek emosi ini saya
meluahkan perasaan saya dengan orang yang boleh saya percayai iaitu adik saya.
Saya juga bersedia untuk mendengar luahan adik saya tentang perasaannyaketika
itu. Melalui cara ioni saya dapat mengurangkan emosi sedih yang saya rasakan
ketika itu.
Setelah
pemergian aruah ayah saya, sikap saya mula menjadi seorang yang pendiam dan
suka berdendiri. Ketika saya bersendirian saya pasti akan merasa sunyi dan tdan
terasa ingin menangis. Cara saya mengatasi situasi ini saya cuba untuk
tenangkan hati saya di tempat yang aman. Saya juga mencari kesibukan yang
berfeadah untuk diri saya agar saya dapat mengelakan daripada saya terfikir
tentang peristiwa yang menyedihkan ini. Dengan cara ini,saya dapat melupakan
kejadian tersebut. Selain itu, saya cuba untuk mengurus perasaan dan emosi
negatif dengan baik. Selain itu, saya cuba berfikiran waras dan berfokus
dalamtekanan. Seterusnya saya cuba untuk menjadi seorang yang fleksible dalam
menangani perubahan. Saya berusaha untuk menyesuaikan diri tentang perubahan
yang saya alami ini.
demikianlah... jawapan siaa... yang penting siap... hahahaaaa
Comments
Post a Comment