Skip to main content

Kajian Tindakan

1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan


Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti:
• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
• Apakah isu yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?
Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) kajian tindakan:
Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
Kumpulan Penyelidik
Tajuk Kajian
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Objektif Kajian
Kumpulan Sasaran
Tindakan Yang Dicadangkan
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian

4. Syarat untuk Mendapatkan Pembiayaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan (sekiranya
di bawah peruntukan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan)

Kelulusan sesuatu kertas cadangan (proposal) kajian tindakan serta jumlah kos yang ditawarkan
bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
• Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
• Objektif kajian
• Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
• Bahan yang akan digunakan
• Kos yang terperinci
Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:
• Jumlah bahan yang diperlukan,
• Harga bagi satu unit bahan,
• Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

5. Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1. Tajuk Kajian
a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.
b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian

1. Tajuk Kajian:
Aplikasi Teknik Bulatan Dalam Lukisan Kanak-Kanak
Atau:
Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari

2.Nama penyelidik Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan
Contoh:
Nama Penyelidik: Salina bt. Salleh

3.Nama Sekolah
Catatkan nama sekolah beserta alamat lengkap
Contoh:
Nama Sekolah: Sk Pasir Bedengung
                        Jalan Tengku Muhammad
                        25050, Kuantan
                        Pahang Darul Makmur


4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sewaktu saya menyemak lukisan murid tahun 5 Bestari. saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati
walaupun mereka telah berada di tahap 2, tahap penguasaan melakar mereka masih sangat rendah, lakaran masih tidak terkawal. Selain itu, masih ramai murid yang tidak memegang pensil dengan betul ketika membuat lakaran. Hasil lukisan mereka seperti biasa sahaja iaitu melukis orang lidi yang biasanya dilakukan oleh murid tahap satu. Dalam ujian mudah melukis objek haiwan, saya dapati 37% daripada jumlah murid dari kelas ini tidak membuat lakaran. Apabila saya tanyakan kepada para murid tentang keadaan ini,
jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu "cikgu
tak ajar pun melukis objek tu. Kami hanya disuruh mewarna gambar yang sudah dilukis.". Ada juga di kalangan murid yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagian melukis. Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk melukis objek.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka?. Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?. Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membuat kerja melukis. Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang
mempunyai tahap melukis yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan melakar di kalangan
mereka ialah disebabkan kurangnya aktiviti melukis objek atau teknik mengajar lukisan yang kurang sesuai dengan tahap perkembangan kreativiti mereka. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan melakar dengan cara yang betul. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat memperbaiki lukisan mereka yang akhirnya menjejaskan minat mereka terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Isu /Keperihatinan Yang Dikaji

Tentukan tema /isu keprihatinan kajian/ masalah /
• Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1.

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kemahiran asas melukis. Murid saya mempunyai tahap melakar yang sangat terhad. Mereka hanya mampu memenghasilkan lakaran lidi. Mereka melakukan kesilapan bermula daripada kawalan pensil. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
• Cara memegang pensil yang kurang sesuai menyebabkan sukar mengawal mata pensil.
• Melukis imej hanya dengan lakaran mudah iaitu orang lidi.
• Pelajar tidak melukis kerana tidak yakin untuk memulakan melukis pada bahagian mana yang perlu didahulukan.

Dengan membantu murid berlatih mengawal pensil saya yakin murid boleh meningkatkan tahap kemahiran melukis objek dengan lebih baik.

6. Tentukan Objektif Kajian

Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti / tindakan.
• Objektif hendaklah boleh diukur.
• Semua objektif khas hendaklah diukur / nilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti.


Penulisan belum selesai. Akan disambung ...


copy pase dari : http://psv3.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html

Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...