Skip to main content

PERBANDINGAN ALIRAN EKSPRESIONISME DAN KUBISME

Ekspresionisme mementingkan ekspresi, emosi dan perasaan dalam pengolahan karya. Ia juga dikenali sebagai karya yang disampaikan terus melalui emosi dan perasaan individu. Pada tahun 1905, aliran ini merebak hampir keseluruhan Jerman dan Perancis. Bagi aliran ekspresionisme dalam hal benda ialah aliran ini tidak mementingkan imej yang dihasilkan iaitu tiada imej yang spesifik. kebanyakan karya merakamkan pelbagai imej sebagai potret, figura manusia, landskap, dan alam benda dalam pelbagai gaya olahan. Olahan imej yang dihasilkan juga mudah dikenali. Seterusnya, Imej yang dirakam juga merupakan penyataan simbolik pengkarya dalam memaparkan emosi dan apresiasi terhadap sesuatu. Teknik dalam aliran ini ialah imej yang dihasilkan dipermudahkan, karya diolah secara ekspresif, melahirkan luahan perasaan seperti apresiasi kepada keindahan, kecantikan, percintaan, kemarahan, ketakutan, emosional, ketidakpuasan hati, kemiskinan dan keganasan. Dari segi komposisi pula, karya ekspresionisme tidak seperti pada aliran kubisme yang mempunyai prinsip komposisi tertentu, aliran ekspersionisme mengunakan komposisi yang pelbagai dan lebih bebas dari aliran sebelumnya serta tidak terikat. Pengolahan arca adalah tertumpu pada tiga jenis olahan, iaitu olahan figura manusia yang distalisasikan, bentuk abstrak dari yang diolah daripada benda semula jadi dan eksperimentasi medium dan teknik baru. Dari segi pengunaan media utama bagi karya catan yang digunakan dalam aliran ini ialah cat minyak atau media campuran. Bagi karya arca pula aliran ini akan mengunakan media campuran.
Bagi aliran kubisme pula, aliran ini juga aliran yang terpenting dalam perkembangan seni aliran moden di Barat. Pengkarya cuba mencipta objek yang berbeza-beza dengan objek sebenar dari segi bentuk, komposisi atau pengolahan ruang. Aliran ini membuka laluan kepada pengkarya ke arah penghasilan imej abstrak dalam pengolahan karya. pengkarya aliran ini cuba menterjemahkan apa yang dilihat kepada pembentukan satah kepada olahan imej yang membawa makna yang hampir sama. Aliran ini tidak menekankan emosi dan personaliti individu dalam karya seperti yang ditekankan dalam aliran ekspresionisme. Aliran ini mempunyai olahan ruangan perspektif baru, bertindanan, satah yang dipecahkan serta olahan perspektif yang berbeza dari ruang perspektif tiada dimensi sebenar. Gambaran komposisi juga yang padat dengan kombinasi pelbagai objek yang mampat, bertindan seolah-olah bersambung dan teguh antara satu dengan yang lain serta mempunyai sudut pandangan yang berbeza dalam satu komposisi. Dari segi pengunaan ruang pula, aliran ini mengunakan pengunaan ruang cetek antara objek serta mengambarkan bahagian yang terlindung dan tampak telus. seterusnya aliran ini menunjukan peniruan imej sebenar secara  minimum dalam karya. Bagi pengunaan media dalam aliran ini mempunyai persamaan dengan aliran eskpresionisme  iaitu dalam karya catan pengkarya mengunakan cat minyak dan media campuran. kemudian bagi karya arca pula ialah media campuran. Pengkarya juga mengiplikasikan atau membuat eksprimen teknik kolaj dalam penghasilan karya. Media kolaj digunakan untuk menampilkan objek sebenar/ bahan mentah ke dalam olahan karya yang dihasilkan.






















Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...