Skip to main content

ARCA STABIL



PENGENALAN
Stabil berasal dari perkataan “stabile” yang bermakna statik, kukuh dan mantap.
Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan
persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan
padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. Arca ini
berbentuk abstrak. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau
mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi
oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai
jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebayakan
arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti
atau ikutan pengarca stabil.
Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg,
Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja sebagai
pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952. Pada awal tahun
1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul sebelum beliau ke Paris. Karyakarya
beliau banyak diperbuat daripada bahan terbuang seperti tayar besi, brek kereta
api, enjin kenderaan dan enjin kilang.
Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania pula merupakan pengarca stabil
yang lebih kepada “free standing form”. Karya-karya beliau banyak menggunakan
pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan satah-satah bentuk. Tidak seperti
Calder dan Tinguely, Brancusi banyak menekankan pada satah permukaan arca atau
“surface texture”. Ini jelas dilihat pada karyanya “Bird in Space” (L’Oiseau dens l’espace),1932 – 1940.

Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...