Skip to main content

MENGURUS EMOSI DALAM SATU SITUASI YANG MENCABAR.

SOALAN  3.
HURAIKAN BAGAIMANA STRATEGI ANDA UNTUK MENGURUS EMOSI DALAM SATU SITUASI YANG MENCABAR.




Lima tahun dahulu, saya dan keluarga pernah mengalami satu peristiwa yang amat bersejarah dan tidak mungkin dapat dilupakan. Pada ketika itu mendiang  ayah saya meninggal dunia pada 21hb febuari 2006. Pada ketika itu saya benar-benar beremosi negatif dimana banyak perubahan negatif yang berlaku, dari segi emosi kerana saya seolah-olah tidak dapat menerima tamparan yang hebat atas pemergian ayah saya. Perasaan saya begitu bercelaru dan tidak terurus semasa saya menjaganya dan bertambah teruk apabila terpaksa menerima kenyataan kepergiannya.
Cara saya mengatsi emosi saya semasa menjaga ayah saya yang menderita penyakit paru-paru ialah mengamalkan kejujuran emosi, melalui subjek emosi ini saya meluahkan perasaan saya dengan orang yang boleh saya percayai iaitu adik saya. Saya juga bersedia untuk mendengar luahan adik saya tentang perasaannyaketika itu. Melalui cara ioni saya dapat mengurangkan emosi sedih yang saya rasakan ketika itu.
Setelah pemergian aruah ayah saya, sikap saya mula menjadi seorang yang pendiam dan suka berdendiri. Ketika saya bersendirian saya pasti akan merasa sunyi dan tdan terasa ingin menangis. Cara saya mengatasi situasi ini saya cuba untuk tenangkan hati saya di tempat yang aman. Saya juga mencari kesibukan yang berfeadah untuk diri saya agar saya dapat mengelakan daripada saya terfikir tentang peristiwa yang menyedihkan ini. Dengan cara ini,saya dapat melupakan kejadian tersebut. Selain itu, saya cuba untuk mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik. Selain itu, saya cuba berfikiran waras dan berfokus dalamtekanan. Seterusnya saya cuba untuk menjadi seorang yang fleksible dalam menangani perubahan. Saya berusaha untuk menyesuaikan diri tentang perubahan yang saya alami ini.
 Sehubungan dengan itu, untuk mengatasi sikap saya yang lebih bersendirian dan pendiam ialah saya cuba untuk bergaul dengan masyarakat lain seperti rakan-rakan. Saya juga cuba untuk berkomunikasi sesame sendiridimana saya cuba untuk bertolak ansur, dan bersedia menerima makluman mahupun baik atau buruk, selain itu saya cuba libatkan diri saya dalam organisasi agar saya dapat kembali menjadi seorang yang boleh bergaul dan berorganisasi.




demikianlah...  jawapan siaa...  yang penting siap...  hahahaaaa

Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...