Skip to main content

BINA INSAN GURU (BIG)

REFLEKSI SAYA

Bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa Pencipta Langit dan Bumi atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 14 – 15 April 2013, pelatih PISMP Ambilan Januari 2012 telah mengadakan bengkel yang bertajuk pengendalian majlis yang bertempat IPG Kampus Keningau dan khidmat masyarakat di SK Menawo Keningau.
            Pada 14 April 2013 , Melalui sesi bengkel yang dikendalikan oleh Encik Ismail Thani selaku pensyarah IPG kampus Keningau saya banyak memperolehi ilmu dalam cara merancang atur cara majlis sekali gus dapat memantapkan lagi teknik dan menambah ilmu dalam menyediakan teks pengacaraan majlis yang lebih hebat dan lebih menarik. Saya juga sedar bahawa sebagai seorang bakal guru harus menguasai tatatertip atau protokol yang betul. Selain dariada itu, melalui sesi ceramah ini kami telah diberi peluang untuk menyediakan atur cara majlis dan membuat teks pengacaraan majlis secara berkumpulan. Dalam perbincangan ini, kami dapat berkongsi ilmu dan menfaatkan pengalaman sedia ada untuk dikongsikan bersama. Situasi sebegini sememangnya dapat menerapkan banyak nilai seperti kerja sama dan berani mengemukakan pendapat untuk dikongsikan bersama.
Melalui aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan di SK Menawo iaitu pada 15 April 2013. Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti yang sudah dirancang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti sukanneka dan gotong royong mencat pondok dan roda pasu bunga. Ssaya dan beberapa rakan yang lain telah diberi tugas untuk sama-sama bergotong-royong untuk mencat roda pasu bunga. Dalam aktiviti ini saya sendiri berasa bersemangat untuk menjalankan kerja amal ini beramai-ramai kerana saya yakin bahawa setiap perkara yang dilakukan beramai-ramai akan memberi banyak faedah kepada semua orang. Ketika menjalankan aktiviti ini, saya dapat merasakan bahasa sikap bekerjasama amatlah penting dalam masyarakat untuk menjayakan sesuatu tugasan yang banyak di kawasan yang agak luas. Jika dilaksanakan sendirian, tugasan boleh disiapkan tetapi akan memakan masa yang agak lama.
Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya. Sebabnya ialah saya berpeluang menjalankan tugasan dalam suasana yang menyeronokkan bersama-sama rakan. Selain itu, saya juga dapat merasai kepuasan dari segi hasil usaha gotong-royong yang mendatangkan faedah kepada semua pelajar IPG Kampus keningau. Saya bangga kerana disebabkan usaha kami, kawasan sekolah tersebut, yang kumpulan kami usahakan dapat diceriakan dalam masa tersebut. Saya percaya semua warga kampus juga pastinya berasa gembira kerana usaha kami untuk membersihkan kawasan-kawasan yang kami bersihkan dan ceriakan.

Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bergotong-royong amat penting dalam kehidupan seharian kita untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat hendaklah menyertai sebarang kegiatan gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal untuk memantapkan lagi hubungan sesama manusia. Kita akan berpeluang untuk mengenali orang ramai yang sama-sama menyertai program yang dijalankan.






Mentor/ pensyarah pemantau  sedang mendatangan buku pelaawat di sekolah ini.


cat tayar di pondok

Joel dan fadli sedang mencat zink pondok

c joel lah harapan kami.. 

 kerja yang ikhlas terpancar pada senyuman c phadli... hehhee

guru besar menyampaikan hasiah kepada pemenang sukan neka..

murid-murid 

yeahhh kami menang....

peace of the world!!!



cat jan tak cat!!

c jhuwina bah 2.. haha

terima kasih SK menawooo

bestfrend yang kuat begaduh.. mcm anjing sama kucing......hahahaaa

pulang... marilah pulang.... marilah pulang bersama-samaaa....

Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...