Skip to main content

Pameran Seni Visual 3DSLR

         Pameran seni visual adalah salah satu tugasan yang perlu di laksanakan oleh  pelatih guru IPG kampus Keningau yang mengambil jurusan PSV. Oleh itu, Pihak pentadbiran tidak menunggu lama untuk meluluskan kertas kerja yang telah kami buat. Walaupun ini adalah kali pertama dilakukan di luar lingkungan IPG kampus Keningau atau lebih dikenali di kalangan kampung-kampung sebagai Maktab Keningau pameran ini boleh lah dikira sebagai berjaya. Pameran ini yang sebenarnya lebih kepada pameran penilaian kepada Opsyen Psv iaitu opsyen saya sendiri, mendapat liputan yang agak meluas di seluruh Keningau. Ini merupakan inisiatif pelatih guru sendiri yang berusaha untuk memperkenalkan Pameran ini kepada media.

Pada kesempatan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengarah kerana telah memberi kesempatan kepada kami untuk melaksanakan pameran ini. Sekalung penghargaan yang tak ternilai buat Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual Encik Ahmad bin Mohd Yassin dan Pensyarah Pebimbing En. Amjah bin.Yunus atas segala tunjuk ajar dan dorongan serta sentiasa berusaha untuk mendidik kami untuk menjadi guru yang berkualiti. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua ajk perlaksana yang terdiri daripada PPISMP PSV SEM 3, PISMP PSV SEM 2, dan PPISMP PRA SEKOLAH SEM 1, yang sentiasa bertungkus-lumus dan bersemangat tinggi dalam memastikan pameran ini berlansung dengan jayanya. Tidak lupa juga, kepada semua Pihak Luar yang sudi  memberi kerjasama dalam menjayakan pameran kali ini. Dalam pameran ini juga, seramai 15 pelatih PPISMP PSV SEM 3 akan mempamerkan hasil karya masing-masing yang terdiri daripada karya arca dan karya fotografi. Selain itu juga, karya pameran ini juga disertai oleh PISMP PSV SEM 2. 
  
Pameran pada kali ini bertemakan 3DSLR atau futuristik, memang agak ganjil kedengaran, tetapi tema tersebut merupakan ilham daripada Pensyarah di Jabatan Seni Visual sendiri. Tema tersebut kemudiannya menjadi bualan di kalangan pengiat seni. Maksud tema tersebut pula ialah, hasil gabungan perkataan 3D dan SLR, 3D ialah seni 3 demensi manakala SLR pula ialah sejenis kamera yang digunakkan oleh seorang photographer professional. Sesuai dengan tema, pameran kali ini mempamerkan seni arca dan hasil fotografi oleh pelatih guru Opsyen Psv khususnya. Disamping itu juga, karya catan yang telah dihasilkan ketika semester 2 turut dipamerkan bersama-sama dengan karya catan oleh PGSR.

Pameran tersebut telah berlangsung selama satu minggu iaitu bermula daripada 13-19 oktober 2011. Pada hari pertama iaitu 13 oktober aktiviti yang dilangsungkan ialah lebih kepada kanak-kanak sekolah rendah iaitu pertandingan mewarna dan capan. Pertandingan mewarna tersebut telah disertai oleh 10 buah sekolah dan dibahagikan kepada 2 iaitu tahap 1 dan tahap 2. Pertandingan mewarna tahap satu jelas didominasi oleh sekolah daripada Sekolah kebangsaan Kg Keningau. Berbeza pula bagi pertandingan tahap 2 yang seakan-akan hanya satu sekolah yang bertanding, Hal ini kerana tempat pertama sehingga ketiga dimenangi oleh sekolah daripada Sjkc Yuk Yin. Bagi pertandingan capan pula, persaingan agak sama rata, hal ini mungkin disebabkan murid kurang didedahkan dengan seni capan.

Pada hari kedua pula, aktiviti yang dilangsungkan ialah lebih kepada pendedahan tentang seni digital kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah telah diperkenalkan dengan seni digital dengan menggunakan Corel Painter dangan tablet. Memang terpancar jelas di raut wajah semua murid akan kegembiraan apabila diajar melukis mengunakan tablet. Pada mulanya, semua murid malu-malu dan takut untuk menggunakan tablet tetapi setelah diajar oleh pelatih guru IPG Keningau, semua murid akhirnya selesa dengan penggunaan tablet. Selain itu, murid sekolah rendah tersebut turut diajar membuat arca origami.
Bagi murid sekolah menengah pula, mereka telah didedahkan dengan perisian Photoshop dan teknik melukis mata dengan betul. Jelas sekali yang tidak semua murid tersebut mengenali perisian photoshop. Namun demikian ada juga segelintir yang mengenali perisian ini. Pendendahan ini bukan sahaja dilakukan kepada murid tetapi juga kepada guru, memang tidak dinafikan masih ramai guru di sekolah yang tidak mengetahui perisian tersebut, hal in dibuktikan sendiri dengan pengakuan seorang guru yang telah saya ajukan persoalan ini. Setelah, selesai semua bangkel ini, semua murid dan guru telah memperolehi manfaat yang sangat banyak, dan kami sangat terharu apabila mereka mengatakan mereka ingin sangat mempelajari perisian ini.

Acara kemuncak pula ialah, perasmian oleh pengarah IPG Kampus Keningau iaitu Puan Rujinah Miki. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK pelaksana kerana berjaya melaksanakan pameran tersebut.

Kami sendiri daripada PPISMP PSV SEM 3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan tidak juga lupa kepada pengunjung.





keratan akhbar yang memaparkan tentang pameran 3DSLR


karya photography yang di hasilkan oleh winnie maillin yang bertajuk Anak Kampung Keningau


 Arca Bertemakan Futuristik


Comments

Popular posts from this blog

EKSPRESIONISME DAN KUBISME

secara umumnya, kedua-dua aliran ini merupakan aliran kesenian barat yang muncul selepas aliran zaman pertengahan, renaisans, baroque, rokoko, neo-klasik, romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme dan fauvisme. Aliran selepas kemunculan aliran ekspresionisme dan kubisme ini diikuti dengan aliran baru iaitu aliran futurisme, dadasime,surealisme, abstrak ekspresionisme dan aliran seni pop. Menurut Ovrik (1994), ekspresionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsikan bersama-sama dengan masyarakat. Aliran ekspresionisme telah berkembang pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1902 hingga 1907. Aliran ini merupakan aliran seni moden yang penting yang membuka evolusi baru dengan pengolahan karya. Imej diolah dalam bentuk yang lebih bebas serta berbeza dari format tradisional yang mementingkan kesempurnaan. karya-karya dari aliran ini menekankan kepada...

TOKOH ALIRAN EKSPRESIONISME

Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di Indonesia yaitu Affandi. Pelopornya adalah Vincent Van Gogh, Paul Klee, Emile Nolde, W . Kandinsky, dan Edvard Munch. Vincent Van Gogh Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Beland. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.             Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah u...

TOKOH ALIRAN KUBISME

Tokoh kubisme yang sangat terkenal adalah  Picasso dan Paul Cezanne , tetapi di samping kedua tokoh ini masih banyak tokoh lain yg menganut Kubisme seperti  Juan Gris  dan lain-lain Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20 Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun. Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya. Tersebar luas di antara para pelukis Perancis. Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis. Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas. Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya. Picasso meninggal dunia pad...