Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Kajian Tindakan

1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti: • Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan? • Apakah isu yang dikenal pasti? • Apakah objektifnya? • Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian? • Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya? • Berapakah kos yang diperlukan? Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun. 2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajian denga

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.  Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.             Jenis Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Pengertian Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan. Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera. Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan ja

Cara 'Delete' 'Fan Page' di 'Facebook'

Sepetang penat untuk buat  fan page   kat sebelah ni. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah klik  Like  ya sayang. Bukan penat nak letak  gadjet  kat sebelah ni, tapi penat  time create  page  tu. Entah macam mana jadi sampai 3 pula page  ahsfantasy24.com  ni. So, tadi saya pening nak  delete  yang lagi 2 page tu la. Kalau ada orang  paste link entry  blog dia kat  fan page  tu, confirm saya akan melawat dan tinggalkan jejak. Tak percaya? Cubalah!  Kalau ada yang punya nasib yang sama, saya letakkan kat sini cara-cara nak  delete fan page  di facebook anda. Juga untuk rujukan masa hadapan: Log in  akaun  Facebook  anda; Klik paparan ' fan page'  yang anda ingin  delete ; Klik ' Edit Page'  di  sidebar  kiri di bawah gambar  fan page ; Pilih ' permanently delete page' . P/s: Belajar daripada pengalaman. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak  delete fan page , memang kena buat yang lain. - See more at: http://www.ahsfanta

PERTUBUHAN WHO (World Health Organization)

  Persatuan kesihatan sedunia adalah pertubuhan yang khusus berkaitan kesihatan. Pertubuhan ini lebih dikenali sebagai WHO atau World Health Organization dan ditubuhkan pada 7 April 1948 dibawah PBB. Objektif pertubuhannya adalah bagi mencapai tahap kesihatan yang terbaik bagi semua individu. dalam perlembagaan WHO, kesihatan didefinisikan sebagai kesempurnaan fizikal, mental dan sosial. Pertubuhan ini ditadbir oleh 192 ahli yang mewakili negara masing-masing melalui perhimpunan kesihatan. Fungsi utama perhimpunan kesihatan sedunia bagi membincangkan program-program anjuran Pertubuhan kesihatan Sedunia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi bantuan kewangan serta untuk membaiki & mpertingkatkan kemudahan kesihatan, perubatan & ombasmian wabak pnyakit. Tanggungjawab utama atau sumbangan pertubuhan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan kesihatan. badan ini juga menjalankan pelbagai program perlalian selain daripada memberi maklumat terakhir tentang pen

Mother Teresa - Biarawati yang disanjungi Dunia

MOTHER TERESA merupakan seorang biarawati yang telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong rakyat miskin di dunia. Gelaran ‘mother’ yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk menghargai sumbangan insaniahnya kepada yang memerlukan. Walaupun insan terkenal ini tidak pernah melahirkan anak, beliau telah mejadi ibu angkat kepada jutaan orang miskin melalui usahanya menerusi pertubuhan Missionaries of Charity yang diasaskannya di Calcutta, India pada tahun 1950. Sepanjang hayatnya, dia mengetuai pertubuhan tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai fakir miskin, anak-anak yatim, dan mereka yang sudah tidak ada harapan untuk hidup. Terdapat lebih daripada 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk pusat hospis untuk pesakit HIV/AIDS dan pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin, yang bernaung di bawah Missionaries of Charity. Biarawati dihormati ini telah memenangi hadiah ‘Nobel Peace’ pada tahun 1979 dan telah menggondol anugerah tertingg

Cara Meningkatkan Motivasi Diri

  Artikel motivasi ini memaparkan cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri anda! Berikut ini adalah 21 cara! Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.  Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda. Mencipta satu ritual – misalnya “ Jika orang lain boleh, saya pun boleh .” Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

Kata kata hikmah.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. 4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejay

1001 TAFSIR MIMPI TENTANG DIRI SENDIRI & ORANG LAIN

1. Mimpi rambutnya putih : Akan cepat beruntung dalam usaha dan akan berumur panjang. 2. Mimpi rambutnya merah : Akan mempunyai perasaan hati yang tidak enak. 3. Mimpi rambut menutup mata : Akan mengalami celaan atau ejekan mendadak. 4. Mimpi melihat rambut palsu : Akan ditipu orang yang disangka teman sendiri. 5. Mimpi rambutnya seketika menjadi lebat : Akan memperoleh kegembiraan, bila sudah berkeluarga akan memperoleh anak. 6. Mimpi rambut berjatuhan : Alamat kurang baik, akan bersedih hati. 7. Mimpi potong rambut (bercukur) : Ada diantara sanak famili yang terganggu kesehatannya atau akan terpisah / bercerai dengan kekasihnya. 8. Mimpi menyisir rambut : Kesengsaraan dirinya akan segera berubah. 9. Mimpi mencat atau mewarnai rambut orang lain: Akan memperjuangkan sesuatu tetapi sia-sia. 10. Mimpi mencat atau mewarnai rambut sendiri : Harapan-harapan yang baik dalam bidang usaha. 11. Mimpi mencuci rambut (keramas) : Akan mendapat gangguan hidup 12. Mimpi memotong rambut orang lain :