Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

ARCA STABIL

PENGENALAN Stabil berasal dari perkataan “stabile” yang bermakna statik, kukuh dan mantap. Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca ( pedestal ) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil. Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely . Lahir pada 1922 di Fribourg, Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja sebagai pereka hias da

MENGURUS EMOSI DALAM SATU SITUASI YANG MENCABAR.

SOALAN  3. HURAIKAN BAGAIMANA STRATEGI ANDA UNTUK MENGURUS EMOSI DALAM SATU SITUASI YANG MENCABAR. Lima tahun dahulu, saya dan keluarga pernah mengalami satu peristiwa yang amat bersejarah dan tidak mungkin dapat dilupakan. Pada ketika itu mendiang  ayah saya meninggal dunia pada 21hb febuari 2006. Pada ketika itu saya benar-benar beremosi negatif dimana banyak perubahan negatif yang berlaku, dari segi emosi kerana saya seolah-olah tidak dapat menerima tamparan yang hebat atas pemergian ayah saya. Perasaan saya begitu bercelaru dan tidak terurus semasa saya menjaganya dan bertambah teruk apabila terpaksa menerima kenyataan kepergiannya. Cara saya mengatsi emosi saya semasa menjaga ayah saya yang menderita penyakit paru-paru ialah mengamalkan kejujuran emosi, melalui subjek emosi ini saya meluahkan perasaan saya dengan orang yang boleh saya percayai iaitu adik saya. Saya juga bersedia untuk mendengar luahan adik saya tentang perasaannyaketika itu. Melalui cara ioni saya da