Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

PROFORMA ELM3102 PPG SEM 4

Pro Forma Kursus Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Moral) Nama Kursus Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (Moral Education Curriculum and Teaching Methods) Kod Kursus ELM3102 Kredit 3(3+0) Jam kontak 45 Jam Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Prasyarat Tiada Semester Pertama/Kedua Hasil Pembelajaran 1.    Mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan perancangan semester dan tahunan. 2.    Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro. 3.    Menyediakan rancangan persediaan harian Pendidikan Moral yang lengkap. 4.    Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti pengajaran pembelajaran harian. Sinopsis Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah; penyediaa

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN.

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN? Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8 • Pendekatan – jalan yang diambil • Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik • Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik. 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? • Guru memainkan peranan penting • Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. • Kepimpinan guru secara autokratik • Pencapaian objektif guru diutamakan • Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. • Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. • Interaksi di antara murid adalah pasif. • Kaedah keseluruhan kelas. • Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.• Kaedah & Teknik – penerangan, demonstras

PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

1.1 Asal-Usul  Pendekatan Tindakan Sosial adalah satu teori yang diaplikasikan daripada penyelidikan dan teori tingkahlaku. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Bandura dan Emile Durkheim. Teori ini dibina daripada prinsip-prinsip pelaziman operan oleh Bandura dan dikenali juga sebagai Pembelajaran Sosial kerana ianya menekankan cara kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku secara betul dalam konteks sosial. Pembelajaran Sosial bererti mengetahui apa yang harus dilakukan, bila, di mana, dan apa yang tidak harus dilakukan. Albert Bandura Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1925 di Mondare Alberta. Teori Pembelajaran Sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan. Eksperimennya yang sangat terkenal ad