Skip to main content

Posts

Cadangan isi kandungan untuk video Tik Tok untuk tajuk Algoritma

 Untuk membuat video berkenaan tips menaikkan algoritma di TikTok, anda boleh fokus pada beberapa strategi penting. Berikut adalah cadangan isi kandungan untuk video tersebut: 1. Kenali Algoritma TikTok    - Duration: 10-15 saat    - Content: "Algoritma TikTok akan menghantar video anda kepada penonton berdasarkan minat mereka. Jadi, penting untuk tahu apa yang penonton mahukan dan bagaimana algoritma berfungsi." 2. Penggunaan Hashtag yang Tepat    - Duration: 15-20 saat    - Content: "Gunakan hashtag yang relevan dengan niche anda. Ini akan membantu algoritma mencadangkan video anda kepada penonton yang berminat dengan topik tersebut. Contoh: #fyp, #tiktokmalaysia, dan hashtag spesifik industri anda." 3. Durasi Video    - Duration: 10-15 saat    - Content: "Video yang lebih pendek dengan hook kuat pada awalnya cenderung menarik penonton untuk tonton hingga habis, dan ini adalah faktor yang diambil kira oleh algoritma." 4. Interaksi dengan Penonton    - Du
Recent posts

Barang yang Dibeli guna duit Bantuan BPN || Terima Kasih Kerajaan MALAYSIA

Wellson

SK BABALITAN NABAWAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BABALITAN Peti Surat 62 89957 Nabawan SABAH

Penyeliaan Praktikum

8.22 pagi..... Hari ini.. saya akan kena selia oleh guru pembimbing jam 9.00 pagi... perasaan saya agak gemuruh walaupun sudah 3 fasa praktikum. Namun di saat ini saya hanya mampu bernafas panjang menunggu tiba masa untuk beredar dari bilik guru ke kelas. Saja tulis blog for the first time in 2015. Persiapan Penyeliaan Praktikum  1. Rancangan pengajaran harian (rph ) mesti siap 2. Jurnal 3. Portfolio 4. Bahan bantu mengajar semua lengkap 5. Alat bantu mengajar juga mesti ada.

Kajian Tindakan

1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti: • Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan? • Apakah isu yang dikenal pasti? • Apakah objektifnya? • Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian? • Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya? • Berapakah kos yang diperlukan? Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun. 2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajian denga

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.  Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.             Jenis Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Pengertian Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan. Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera. Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan ja